[Beauty] Review SUNSCREEN Garnier Dengan SPF50++. - Yana SSurianah Blog

Latest

Wednesday 10 March 2021

[Beauty] Review SUNSCREEN Garnier Dengan SPF50++.

 Assalamualaikum...Hollaaa..

Sunscreen Garnier Light Complete in the houseeeeeeee....!!!!! ^_^


Kamu guna sunscreen apa tu? Jom cuba guna pula sunscreen Garnier Light Complete ni, sebab sunscreen ni di perkaya dengan Vitamin C, yang mencerahkan kulit dan menghilangkan kekusaman.


Lepas tu dirumus pula dengan Mexoryl untuk liputan yang lebih sekata pada kulit kita. Kadang kita tengok muka pada cermin ada pula warna kulit tak serata. Memang tak best la macam tu kan.



Kemudian, SPF 50PA +++ yang ada dalam Sunscreen ni juga melindungi kulit daripada sinaran UVA/UVB, daripada kegelapan, kerosakan, bintik-bintik gelap dan kulit kusam. Cuba kamu tengok kulit kamu ada bintik-bintik gelap ke? Banding dulu tiada tiba-tiba ada, nahhh!! Sila lah guna segera sunscreen ni sebelum bintik gelap bertambah banyak. 


Kalau kamu yang tiada bintik gelap tu boleh sangat guna sunscreen ni sebelum bintik-bintik gelap timbul. Awal jaga kulit lagi bagus. 


sebelum ni aku fikir Sunscreen ni guna masa di luar rumah saja, rupanya dalam rumah pun kita boleh pakai. Masa kerja lagi lebih banyak masa hadap komputer, kat ceiling atas kepala pula lampu menyala dari pagi ke petang, sebab kalau tak On lampu bilik Jadi suram gelap pula. Ni Antara faktor juga kulit sedikit sebanyak menjadi kusam dan kering. Yaa...ni yang aku dapat info dari Nisa Kay masa Live hari tu.


Ok !! Bagi yang bercadang untuk guna sunscreen ni , cara guna dia adalah sapukan sedikit sebesar saiz syiling selepas kita bersihkan dan melembapkan, atau sebelum kita bersolek. Macamana tu? Kalau kurang faham, boleh tengok urutan penggunaan gambar di bawah ni.

Macam biasa, cream sunscreen gurnier ni tak berminyak dan tak mengeringkan kulit.kulit saya pula jenis yang normal dan tidak sensitif. Bila sapu ja pada muka kulit jadi lembap dan tentunya kita rasa selesa bila apply pada muka.

Semasa live hari tu juga, sempat la screenshoot untuk panduan aku dan rakan-rakan pengguna yang lain. Kita ni pun kadang pandai tertukar mana satu dulu kita nak pakai. Jadi, tengok gambar ni mesti kamu terus faham dan tau mana nak guna dulu kan.

Untuk pengetahuan Korang, Sunscreen Garnier ni ada 3 kategori tau,

SUNSCREEN MATTE FINISH.Yang ni packaging dia ada warna hijau di bahagian atas, dan ada tulis MATTE. Sesuai untuk kulit yang berminya. Jadi kalau kita nak Nampak kulit matte dan tak nak nampak berminyak gunalah sunscreen Matte Finish ni.

SUNSCREEN NATURAL FINISH. Yang ni packaging dia lebih kurang dengan Matte Finish. Jadi, kalau nak neli antara kedua sunscreen ni, check betul-betul tau. Natural Finish ni tiada tulis Matte y. Yang ni sesuai pula untuk yang nak kulit glowing sikit atau ada kilat-kilat sikit, boleh guna Natural Finish ni. Jadi yang berkulit kering boleh ja guna sunscreen ni.

SUNCREEN SAKURA WHITE. Packaging dia warna pink. So, yang ni senang la kita nak cari. Lebih sesuai untuk kulit sensitive. Dan nak kulit kelihatan pink-pink gitu, guna la juga Sakura White ni.

ok !! yang mana satu pilihan dan sesuai dengan kulit korang?

Saiz setiap 1 tube sunscreen ni adalah 30ml. Dan harga pula RM29.90, kalau kamu mau harga jimat boleh la beli di Shopee. Hari tu aku beli di shopee dapat lah beli dengan harga RM21.90, sebab aku dapat claim Voucher RM8 masa Join Live di shopee tu juga. Kalau kamu beli di Shopee ni memang banyak kebaikan dia, dah la Free Shipping RM15, lepas tu selalu pula Garnier buat sale. Kalau kamu mau beli di shopee dan di kedai Garnier yang sebenar iaitu Garnier HQ, boleh tengok sini >>> KEDAI GARNIER MALAYSIA OFFICIAL DI SHOPEE.

Ok !! Ni saja perkongsian ringkas dari aku, kalau mau jaga kulit supaya bintik hitam berkurang dan tiada, atau tak mau kulit kusam...guna saja ni sunscreen Garnier Light Complete ... pakai konsisten setiap hari, maka insyaAllah kulit lebih baik dari sebelum. 


Ok!! Bye kamuuuu ^_^


No comments:

Post a Comment