Review Garnier Light Complete ...Suka juga yang ni. Masalah Parut Jerawat dan Jeragat Pun Selesai !! - Yana SSurianah Blog

Latest

Thursday 10 September 2020

Review Garnier Light Complete ...Suka juga yang ni. Masalah Parut Jerawat dan Jeragat Pun Selesai !!

Assalammualaikum…Hollaa…

Rasanya semua orang pun nak kulit muka cantik bersih bebas parut jerawat dan jeragat. Tinggal diri kita ja yang rajinkan diri untuk bersihkan muka kita. Kamu rasa kalau kita tak pakai apa-apa skincare, parut jerawat dan jeragat tu akan hilang tak? Bagi aku sudah tentunya tak hilang, malahan jika di biarkan tanpa skincare, parut boleh jadi sukar pula nak di hilangkan. Tapi, tak mustahil juga kan 1 dalam 1000 punya kulit cantik tanpa skincare. Dan ada pula jenis kulit yang cepat hilang parut jerawat dan jeragat.

Tipu lah kalau kita tak ada rasa malas atau terskip nak pakai skincare, sebab kadang ada masa tertentu kita penat dengan kerja harian atau tak sempat. Aku sendiri yang dah berbelas tahun pakai skincare pun tetap ada masa tertentu terskip guna skincare, terutama ketika rasa letih sangat dan ketika tak sihat. Tapi, situasi ni memang jarang la berlaku. Selalu  memang pakai setiap hari ja.

Jadi, hari ni aku nak kongsi pada rakan-rakan pembaca semua Cara Hilangkan Masalah Parut Jerawat dan Jeragat Paling Senang dan Ringkas. Khas untuk rakan-rakan yang suka simple dan tak rajin apply banyak skincare kat muka. Tapi, bila korang dah guna cara ni jangan pula mengeluh parut jerawat dan jeragat tak hilang-hilang. Sebab ni kan cara basic dan simple ^_^.... Kalau nak lebih cepat hilang boleh guna full set semua. ^_^

Untuk pengetahuan korang parut jerawat dan jeragat tak hilang sekelip mata. Dia akan pudar secara perlahan-lahan dari hari-hari ke hari dan bulan ke bulan, sehingga kita perasan yang kulit kita tu sebenarnya lebih baik dari sebelum kita tak pakai skincare. Tapi semua tu bergantung pada tahap rajin kita la, lepas tu jenis skincare yang kita pakai.

Aku lebih suka pakai skincare yang simple, berkesan dan senang nak cari dengan tempat tinggal. Kulit aku jenis yang normal, tak terlampau berminyak dan tak terlampau kering. Skincare tu adalah Garnier Light Complete. Setakat ni aku lebih suka guna 1 set produk atau jika tak satu set, aku akan pastikan yang semua skincare yang di pakai tu tak campur dengan jenama lain.
Jom !! baca Cara Hilangkan Masalah Parut Jerawat dan Jeragat Paling Senang dan Ringkas.

CARA BASIC
 Guna pembersih muka.
 Guna Scrub.
 Guna Cream Muka.

Jangan kecam tau !!^_^...ni cara saya bah, paling ringkas dah ni bagi aku. Berbanding tak pakai apa-apa skincare. Kalau rajin apply kat muka memang berhasil. Jom baca pula cara guna dia, kalau jenama skincare kita tak sama, cara dia tetap sama iaitu CARA BASIC.

Tapi, kalau nak lagi berkesan, korang guna ja 1 set. Rajin apply maka nampaklah hasil dia kan.

STEP 1




a) PEMBERSIH MUKA
Yang ni pembersih muka, nama dia Garnier Light Complete Brightening Whip Foam. Aku guna ni dua kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan petang.

Cara Penggunaan :
Macam biasa ja, basahkan muka picit permbersih muka kat tapak tangan sebesar saiz kacang dan bersihkan ja terus ke seluruh muka. Urut pada bahagian pipi, sisi hidung, leher, dahi, bawah mata dan seluruh muka.

Harga : 
Aku beli di 99Speedmart, harga dalam RM10.00 lebih la macam tu, tu la sebab nya aku suka garnier ni juga sebab ada jual berdekatan dengan tempat tinggal. Jadi, kalau dah habis tak perlu pegi beli jauh-jauh.


b) SCRUB MUKA
Yang ni pula adalah scrub, nama dia Garnier Light Complete Brightening Scrub. Dalam scrub ni ada micro-beads, yang bila kita sapu pada muka, seperti ada rasa-rasa kasar pasir. Untuk pengetahuan korang korang tidak semua scrub muka di pasaran tu mempunyai micro-beads yang sama saiz. Ada yang terasa sangat kasar, sederhana kasar dan halus. Kalau scrub Garnier Light Complete ni bagi aku dalam kategori micro-beads yang halus.

Cara Penggunaan :
Gunakan 2 kali dalam seminggu sahaja, scrub ni fungsi dia buang dan selongkar sel kulit mati. Lebih kurang ja dengan permbersih muka, kita hanya urut di seluruh muka secara perlahan-lahan.

Harga :
RM12.50

c) CREAM MUKA
Aku pula guna Whitening Serum Cream SPF19. Tak sempat selfie dengan Serum Cream, capai ja apa yang sempat bawa selfie. Cream muka aku tu memang lambat sangat habis, sebab jarang pakai. Selalu guna pada waktu siang ja, tu pun hujung minggu. Kalau waktu malam semasa hari bekerja, aku guna Booster Serum yang botol kecil tu.

Cara Penggunaan :
Sapu dan ratakan pada muka dan leher.

Harga :
RM9.50 (40ml)

d) TONER
Yang ni pula adalah Garnier Light Complete Milky Lightening Dew Toner. 

Cara Penggunaan
Letak pad pad kapas, kemudian sapu di seluruh muka.

Harga
RM15.90
e) CLEANSING WATER
Yeaah!! aku suka dengan yang ni. Ini adalah Garnier Micellar Oil-Infused Cleansing Water yang berfungsi membersih Wajah & menghilangkan solekan kalis air/mekap waterproof tanpa urutan kasar. Aku selalu guna ni selepas bersihkan muka dengan pembersih muka, kadang sisa foundation yang aku pakai tu masih ada lagi tertinggal pada kulit. kita fikir dah bersih muka tu,rupanya ada sisa foundation yang kita tak nampak lagi. Aku guna ni lepas bersihkan muka sebab nak jimat lah cleansing water aku ni. 

Cara Penggunaan :
UNTUK MENGHILANGKAN SOLEKAN MATA : Letakkan pad atau kapas di atas mata yang tertutup untuk beberapa saat, kemudian lapkan secara lembut tanpa urutan kasar.

UNTUK MEMBERSIHKAN KULIT & MENGHILANGKAN SISA SOLEKAN & KOTORAN: Lapkan secara lembut di seluruh wajah sehingga kulit bersih sepenuhnya dari solekan dan kotoran.
Gunakan setiap hari, siang dan malam. Tak perlu dibilas.
Harga :
RM15.90

f) SERUM
Yang ni aku suka juga, aku guna ni setiap malam sebelum tidur. Tapi bila terlajak tidur tu pandai pula terskip pakai. Serum ni diperkayakan dengan 30X* Vitamin C dan ekstrak Yuzu Lemon segar dari Jepun. Ianya membantu mengurangkan penggelapan dari melanin sebanyak 85% dalam masa hanya 6 hari. Kulit tampak cerah dan halus serta meyamarkan bintik hitam. 

Cara Penggunaan :
Guna pada waktu Siang dan malam, sapukan secara sekata pada muka dan leher sempurna bersih sebelum menggunakan pelembap harian kita.

Harga :
RM36.90.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Okey !! guys ni saja la perkongsian aku, Cara basic tu saja yang paling ringkas dan memang membantu kurang masalah parut jerawat dan jeragat. Rajin-rajin tau baru lah nampak hasil.

Kalau kamu mau beli Garnier Light Complete ni dengan harga yang lebih murah dan jimat sila la beli di Shopee sebab kat sana selalu ada buat promosi. Kalau dah rezeki, kamu boleh dapat gift juga tau. 

Laman sosial Garnier Malaysia :
-Shopee : GarnierMY
-laman web : Garnier Malaysia 

Selamat mencuba !!..dan Terima Kasih  tau pada korang yang dah Subscribe Youtube Button kat bawah ni ^_^

LAIN-LAIN :

No comments:

Post a Comment