#1 Tanam Tomato di Dalam Pasu. - Yana SSurianah Blog

Latest

Sunday 13 March 2022

#1 Tanam Tomato di Dalam Pasu.

 Assalammualikum....Hollaaa..

Ada yang suka makan tomato ka? Sedap di makan bersama roti paun atau bread. Jadi, kita try tanam sendiri, menjadi atau tidak?^_^

Yaaa...ini adalah kali pertama aku mencuba tanam buah tomato, langsung tak ada penglaman tanam pun. Aku hanya belajar proses penanaman ni tengok di Youtube dan membaca artikel yang berkaitan sahaja.

Hari ke-2 (13.02.2022)

Ada sedikit akar bercambah di situ, tu maknanya ada sinar projek tanam tomato akan menjadi, terus kita pun ada rasa semangat bersinar-sinar ^_^

Hari ke-5 (15.02.2022

Makin menjadi-jadi akar dia.

Hari ke-6 (16.02.2022)


Di pindahkan ke pasu, dedaun pun masih lagi belum terbuka sepenuhnya. 

Masa ni sedikit risau juga sebenarnya, risaulah tomato kita tidak menjadi, firstime berkebun kan. ^_^ 

Hari ke-16 (26/02/2022)


Masa ni makin happy tengok dedaun dia sudah nampak bentuk-bentuk daun tomato, hari-hari sebenarnya kita tengok, selalu fikir...kenapa macam lambat sangat tomato kita ni membesar.

3 Pokok tomato kecil membesar seiring, ada bekas aiskrim kita kitar semula dan gunakan sebagai pasu sementara. Belum berkesempatan ke pekan untuk beli pasu, hujung minggu ni kita shopping pasu buat baby comel tomato ni.^_^

Beberapa pokok baby tomato yang kita ada, Berbeza saiz, tapi sebenarnya kita jaga ke semua baby tomato ni hari dan masa yang sama juga, siram dan cahaya matahari pun sama juga. Membesar dengan baik ikut jenis tanah mungkin, atau ruang yang terhad.

Hari ke-32 (14/03/2022)


Besar sudah daun dia, nampak sangat beza daun hari ke-16 dulu, masa ni kita sudah pindah kan ke pasu yang lebih besar.


Melawat kebun di awal pagi, tidak juga menjadi kewajibpan.....tapi automatik kita mau tengok perubahan dia dari hari ke hari. Rasa tidak percaya pokok tomato kita semakin membesar, semoga sehingga membuahkan hasil yang segar. ^_^...Rasa excited juga tunggu hari dia berbunga. Bila sudah berbunga tu, akan ada pula tomato dia.

Ada 3 pasu yang semakin membesar dengan saiz pokok yang lebih kurang, masa ni tidak pernah lagi kita baja, tu la mungkin sepertinya aku tengok lambat membesar, dan kena tambah tanah lagi mungkin.

Pokok tomato dalam pasu kecil ni di tanam pada hari dan waktu yang sama dengan pokok tomato yang semakin membesar tu. Tapi, tengok saiz sudah semakin jauh beza dia kan. aku pun tak pasti juga sebab apa berbeza ketinggian dan saiz, mungkin kena tukar ke pasu yang lebih besar. Betul tak?. mungkin juga ^_^. Hujung minggu nanti kita tukar.

Hari ke-37 (19/03/2022)

Hari  ni kita mau pindahkan ke dalam pasu yang bersaiz lebih besar, dan tanah pula kita campurkan dengan kulit telur yang telah di hancurkan. Sebab kulit telur ni boleh di jadikan baja organik untuk tanaman, sebab kulit telur ni tinggi dengan kalsium karbonat yang boleh membantu tanaman kita hidup dengan lebih subur.

Kulit telur yang kita ada ni sikit saja, jika seimbang dengan jumlah tanah tu rasanya lebih baik. Jadi aku tambah juga kulit telur dengan jumlah yang  asalkan ada. Hari lain kita boleh  juga tambah lagi.

Masa ni waktu malam, satu pasu saja kita pindah, besok baru pindah dua pasu yang lain. Semangat punya pasal, ^_^ hujan renyai pun macam nda kisah.


Hari ke-38 (20/03/2022)

Sedang pindah pokok tomato yang ke-3.

Selesai di pindahkan.


Besar sudah dedaun dia, melebihi tapak tangan kita untuk satu dahan, ehh!! dahan ke?^_^ mana-mana la bah kan.

Hari ke-44 (26/03/2022)

Tidak sangka untuk hari ni, di usia pokok-pokok tomato kita ni 1 bulan 2 minggu. Mereka sudah ada bunga-bunga pertama, baru 2 pokok yang ada bunga macam ni. Semoga mereka membesar dengan subur dan sihat. Sehingga hari ni mereka belum di beri baja, rasanya belum terlambat rasanya pokok-pokok ni di beri baja. Di saat mereka semakin membesar ni baru sibuk cari baja, sepatutnya dari mereka sekcecil-kecil pokok sudah ready bah kan. ^_^


Kita rancang mau gunakan baja Milagro, tengok mama pun guna baja tu untuk bunga-bunga keladi yang semakin membesar. Apa salahnya nya kita cuba untuk sayuran dan bungaan yang kita tanam. Tengok bunga-bunga keladi mama tu pun nampak subur di tengok.


Tidak sabar tunggu perubahan yang seterusnya, semoga terus membesar dengan subur. Hujung minggu ni baru kita pegi cari baja untuk kamu . ^_^

Hari ke-48 (30.03.2022)

Pokok Tomato yang ke-2

Pokok Tomato Pertama

Syukur, pokok tomato kita yang ke-3 sudah menunjukkan pucuk bunga pertama walaupun masih kecil. Pokok pertama dan kedua pula semakin membesar. Tidak sabar tunggu bunga dia semakin mekar. Pokok pertama tu ada 3 bunga dan pokok ke-2 pula ada 4 bunga. Tak apa jika tak banyak tomato dia, akan datang kita perbaiki lagi cara penenaman. Hujung minggu ni baru kita ke bandar, cari baja Milagro. Kalau beli di shopee confirm tidak sempat terima sebelum hujung minggu ni. 

Hari ke-49 (31.03.2022)

Kita cantas dedaun dia.


Ni la mereka 3 pokok di setiap pasu, semakin meninggi. Boleh tengok dari kayu tu, dulu kayu tu lagi nampak tinggi daripada pucuk tomato tu. Dedaun yang di potong tu tidak di buang ke mana pun, kita letak ja dalam pasu tu, biar terkubur di situ ^_^

Hari ke-54 (05.04.2022)

Syukur, genap hari ni pokok-pokok tomato berusia 54 hari atau hampir 2 bulan. Pokok tomato pertama dan yang tertinggi antara tiga pokok tomato ni sudah mengeluarkan bunga. Tengok tu nampak sudah kelopak bunga berwarna kuning yang beberapa hari lagi aku mengembang, dan akan datang bertukar menjadi buah tomato pula.

Sebenarnya, ketiga-tiga pokok tomato ni ada bunga baru lagi selain bunga ni. Maksud dia ada bunga kedua, yang ni kira nya bunga-bunga pertama. Semoga buah tomato semakin banyak dan berbuah sihat.

Kita ikat pohon tomato ni pada kayu sebab pohon tomato ni sudah mula nampak condong ke tepi, jadi dengan cara ikat akan bantu menyokong pokok, tambah-tambah lagi bila sudah berbuah nanti.

Kita letak sabut kelapa di setiap pasu supaya bila hujan lebat air hujan tidak merosakkan tanah-tanah dalam pasu, dan tanah pokok tomato juga tidak cepat kering.

06.04.2022

Hari ni aku tengok balik cara tanam tomato di laman sosial yang di kongsikan oleh mereka yang telah berjaya tanam tomato. Aku tertarik berkenaan cantas daun tomato, aku rasa aku salah cantas la, sebab dedaun yang di cantas tu masih muda. Bukan daun yang sudah tua ke yang kita cantas tu?...tapi, bila tengok pekebun kongsi tu ada juga yang cantas daun muda....blurr kita ^_^.. Tak apa lepas ni tak ada cantas-cantas lagi la.

Hari ke-57 (08.04.2022)

Hari ni kita perasan ada tompok berwarna kuning pada daun, tidak semua daun macam ni. Daun yang muda pada pucuk tiada tompok kuning ni. Bermula dari daun paling bawah hingga lah ke 3 daun macam tu, aku fikir daun ni disebabkan semakin tua. Bila google sebab penyakit tumbuhan pula, tapi jenis kekuningan yang di maksudkan tidak sama macam ni.

Atas faktor kurang nutrien dan air bertakung pun boleh jadi berlakunya keadaan macam ni. Aku pun kurang pasti faktor sebenar, daun-daun tu pun sudah kita cantas dan hanya tinggal daun yang elok segar saja.

Ok!!!...Gambar seterusnya kita akan update nanti....

Byee...!!!

No comments:

Post a Comment