[Beauty] Review Miceller Water Garnier Sebagai Pembersih Muka dan Make-Up Remover Yang Mudah Di gunakan. - Yana SSurianah Blog

Latest

Thursday 11 March 2021

[Beauty] Review Miceller Water Garnier Sebagai Pembersih Muka dan Make-Up Remover Yang Mudah Di gunakan.

Assalammualaikum..Hollaaa.


Pernah dengar tak air misel? Kalau aku tak pernah dengar lagi, tapi miceller water Garnier ni memang selalu dengar tapi, tak tau sangat faedah-faedah dia pada kulit kita. Kalau kamu pernah dengar, tau tak apa faedah-faedahnya pada kulit wajah kita? Jom la kita sama-sama baca keseluruhan faedah dan kenali apa tu air misel ni.


1. MUDAH DI GUNAKAN.

Kita sebenarnya boleh gunakan air misel ni di mana saja tanpa ada sinki dan tak perlu bilas pun selepas kita gunakan. Apa yang kita perlu ada hanyalah kapas wajah. Sebab kapas ni kita gunakan untuk semasa membersihkan muka dengan air misel.


2. PEMBERSIHAN MENYELURUH

Yaaa...air misel ni mengandungi misel iaitu zarah-zarah berasaskan minyak yang boleh menarik zarah-zarah lain dan menghilangkannya dari muka kita seakan-akan magnet.


Air misel ni boleh menghilangkan secara menyeluruh pelbagai jenis produk solekan seperti bedak asas, solekan mata, maskara, gincu dan lain-lain solekan lagi pada wajah kita.


Kalau kita tak pakai apa-apa solekan, tapi muka pula jenis berminyak atau cepat berpeluh...nak bersihkan muka boleh sangat guna air misel ni. Korang try ambil kapas dan letak air misel, kemudian sapu pada muka.....pasti berubah warna kapas tu. Tu makna nya ada kotoran juga pada muka kita walaupun tanpa solekan.


Kulit jadi bersih seakan-akan membersih menggunakan pembersih muka. Manalatau kan masa tu kita tak ada bawa pembersih muka, jadi...jangan risau, guna kan saja air misel ni. Ingat tau tak perlu ke sinki untuk bersihkan. Duduk depan cermin saja .^_^


3. SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT

Yaaa...air misel ni mempunyai formulasi yang sangat lembut dan ia sesuai dengan semua jenis kulit. Kulit kita yang rasa kering ni pun boleh segar semula. Walaupun kulit kita kering atau jenis sensitif,  air misel ni tidak akan menyebabkan kulit kita terasa kering ketat atau kelihatan menggelupas.


Ok !! Dah tau kebaikan Air misel kan??? Kamu rasa apa produk yang ada sediakan air misel ni???


Jenngggg!!! Jengg!! Tentu nya dari produk Garnier. Air Misel Garnier ada 3 botol yang berbeza dan fungsi juga berbeza, iaitu warna pink, biru dan kuning.


Jom kita kenali satu persatu setiap botol ni :


Garnier Micellar Cleansing Water Pink

Teksturnya ringan seperti air, lembut membersihkan kotoran dan solekan dari wajah, mata dan bibir, tanpa menimbulkan iritasi. Diformulasikan agar tidak melekit pada wajah, tidak berminyak dan tanpa alkohol. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.


HARGA 

•50ml : RM9.90

•125ml : RM14.90

•400ml : RM23.10


Garnier Micellar Cleansing Water Blue.

Teksturnya ringan seperti air, lembut membersihkan kotoran dan solekan dari wajah, mata dan bibir, tanpa menimbulkan iritasi.Diformulasikan agar tidak melekit pada wajah, tidak berminyak, sesuai untuk kulit berminyak & cenderung berjerawat.


HARGA 

•125ml : RM14.50

•400ml : RM29.90


Mengandungi minyak argan yang kaya dengan vitmain E

Garnier Micellar Oil-Infused Cleansing Water.

membersihkan secara berkesan, menghilangkan solekan kalis air/ mekap waterproof dan menyegarkan kulit.

Seperti magnet, micelles memerangkap dan menghilangkan kotoran, minyak dan solekan tanpa urutan kasar. Ia dapat menghilangkan kesan-kesan solekan dan menyuburkan kulit, menghasilkan kulit bersih sempurna dan segar tanpa mengeringkan kulit secara berlebihan.


HARGA 

50ml : RM9.90

125ml : RM19.90

400ml : RM39.90


*CARA PENGGUNAAN.

Cara guna adalah lebih kurang sama saja, cuma yang beza pilih lah ikut kesesuaian dan keperluan.

UNTUK MENGHILANGKAN SOLEKAN MATA: 

Letakkan pad di atas mata yang tertutup untuk beberapa saat, kemudian lapkan secara lembut tanpa urutan kasar.


UNTUK MEMBERSIHKAN KULIT & MENGHILANGKAN SISA SOLEKAN & KOTORAN: Lapkan secara lembut di seluruh wajah sehingga kulit bersih sepenuhnya dari solekan dan kotoran. Gunakan setiap hari, siang dan malam. Tidak perlu dibilas.


Arrrr!!! Dah jelas kan info tentang air misel ni, kalau tak nak botol saiz besar boleh pilih saiz kecil dengan isi 50ml...boleh selit poket ja.


Nak try guna tak ?? Kalau nak beli secara online boleh ja dapatkan di HQ Garnier Malaysia, ni kedai dia (KEDAI GARNIER HQ DI SHOPEE) atau nak beli kat kedai offline, pegi saja ke Watson, Guardian atau kedai-kedai berkenaan yang jual produk ni.


Jangan risau ok,!!! Halal semua nya.!!aku guna yang botol warna pink. Memang tak melekit dan kulit tak jadi kering, kalau kita letak di bawah suhu aircond lagi dia rasa jadi sejuk dan bila kena pada kulit kita memang sangat segar dan jadi rasa lembap ja kulit.


Kadang tengahari masa kerja aku lupa bawa pembersih muka, jadi guna miceller water ni ja untuk buang segala foundation^_^. Memang berkesan......tisu yang putih terus melekat segala foundation yang ada pada muka.


Dan....dan juga, sebenarnya kalau kamu tak tau lagi...pernah dengar tak pembersihan muka sebanyak 2 kali. Korang cuba try bersihkan muka dengan permbersih muka apa-apa pun, lepas tu bersihkan atau sapu pula muka dengan air miceller water ni, guna tisu ok! Tengok ...berubah tak warna tisu tu? Kalau berubah warna...tu maknanya permbersihan kita kena lebih lagi dengan miceller water ni. Kawan-kawan tau kan, kulit bersih lebih sihat dan semakin cantik.


Sapu tpada muka tu tak Perlu kuat sangat, sapu dengan cara tak menyakitkan kulit korang ja. Pasti berhasil ..!!^_^


 Ok !! Ok tu ja la perkongsian kali ni...next time kita kongsi lagi tentang Garnier Skincare ya..


Jumpa lagi !! Byeee!!



No comments:

Post a Comment