#8 Pertama Kali Tanam Bunga Petunia. - Yana SSurianah Blog

Latest

Tuesday 5 April 2022

#8 Pertama Kali Tanam Bunga Petunia.

Assalammualaikum...Hollaaa...

03.04.2022 (Hari ke-7)

Cantiknya bunga Petunia, tambah cantik bila di tanam di dalam pasu tergantung. Bunga ni kita tanam dari biji benih, setelah 4 hari di tanam biji benih sudah mula tumbuh dan keluarkan pucuk.



Kena hati-hati semasa pindahkan ke pasu, sebab tanah boleh pecah. Tambah lagi benih baru tumbuh, jangan ikut cara ni kalau biji benih tidak tumbuh banyak. Ni pun kita yakin dan semangat untuk pindahkan sebab banyak biji benih yang sudah berdaun.


Walaupun biji benih baru saja mengeluarkan pucuk, aku ambil keputusan untuk pindahkan kesemuanya ke dalam pasu berasingan. Semata-mata mau tengok nampak lebih kemas dan bersih. Nanti bila bunga semakin membesar kita akan pindahkan pula ke pasu yang lebih besar dan sesuai dengan saiz bunga.

11.04.2022 (Hari ke-15)

Akhirnya kesemua biji benih yang tumbuh sudah di pindahkan ke pasu  Bila letak dalam pasu ni senang pindahkan kedudukan. Empat pasu kesemua nya.

Semasa siram bunga ni kena hati-hati, saya siram guna spray supaya bunga kecil petunia ni tidak mudah rebah. Sekecil-kecil bunga petunia ni, tetap boleh rebah walaupun kita spray. Jangan dekat sangat dengan pokok semasa spray ok.

Saiz tapak pasu sebesar tapak tangan.

Nama kena letak di setiap pasu, buat kita pusing pula bila tidak tau biji benih apa yang di tanam tanpa nama. Kita guna tape dan tulis guna Faster name pen.

18.04.2022 (Hari ke-22)


Hari ni merupakan hari ke- bunga petunia saya hidup. Ke semua benih yang di semai semakin membesar, dan ada beberapa pokok yang akan di pindahkan ke pasu yang lebih besar.



Ok!!.akan datang untuk perubahan semasa, kita akan update..

byeee…!!!

No comments:

Post a Comment