#3 Tanam Bunga Morning Glory Daripada Biji Benih. - Yana SSurianah Blog

Latest

Wednesday 16 March 2022

#3 Tanam Bunga Morning Glory Daripada Biji Benih.

 Assalammualaikum...Hollaaa...

Bunga Morning Glory, ni adalah pertama kali aku tanam bunga ni. Saya suka juga bunga ni sebab dia jenis menjalar, sangat sesuai kalau jadi hiasa di pintu-pintu, tiang atau pun garden yang ada pintu gerbang. 

17.03.2022 (HARI PERTAMA)
Hari ni adalah hari pertama kita tanam bunga Morning Glory, kita cuba tanam guna Peat Moss, Peat Moss ni bukan tanah... bagi yang mau tau apa tu Peat Moss boleh tengok sini (Apa tu Peat Moss?). Semoga membuahkan hasil. Kita masih baru lagi bab berkebun ni, kamu rasa sesuai ke tanam biji benih dalam pasu seramik ni? Sebab macam pasu ni cepat serap air. Cepat kering pula Peat Moss ni, 




18.03.2022 (HARI KE-2)
Kita tutup dengan penutup cup air minuman, ngam-ngam dengan saiz pasu. Jadi, nda perlu la cari penutup lain dan sebagainya, mudah kita tutup dan buka. di tiup angin pun tidak terbuka. Kita buka sikit di tengah tu untuk pengudaraan.


Dan yang tidak di sangka-sangka, hari ni biji benih sudah menempakkan sedikit bukaan tunas pula, sungguh cepat!. ^_^  tidak berapa jelas pada gambar tu, nanti petang kita tengok lagi, pasti percembahan dia bertambah.

Kita letak atas piring pasu yang ada sedikit air, eh! betul ke tu piring pasu?^_^...mana-mana la bah kan. Kita letak atas piring pasu tu sebab bila-bila masa ja biji benih boleh dapatkan air, semasa hari bekerja pula dari pagi ke petang kita luar rumah...memang tidak boleh lah tengok-tengokkan. Cara ni pun kita belajar di dari perkongsian pekebun lain juga, tengok biji benih bunga mereka tumbuh dengan cantiknya...maka apa kata kita pun cuba.

Aku rasa Bunga Morning Glory ni senang jaga juga, dan tahan sungguh dengan suhu tempat kita ni. Ok! besok pagi kita tengok lagi pertumbuhan dia.

Petang tadi hujan turun lebat pula, masa tu kita masih di tempat kerja, tidak sempat hendak mengintai keadaan mereka-mereka ni, sekali tengok tapak pasu banyak air dan dalam pasu jadi macam terlebih air, makanya kita buka tapak pasu. Musim hujan ni tidak perlu rasanya guna tapak ni kan, biasa lah Tempat aku letak pasu morning Glory ni pun di sisi atap rumah...kalau hujan lebat kena juga tempias hujan sikit bila angin kuat. 

19.03.2022 (HARI KE-3)

Hari ni pula ada sebiji benih lagi yang mula melihat dunia, semoga semua nya hidup subur dan semakin membesar.

Pagi ni pun cuaca dingin dan tiada juga petanda hujan turun, cahaya matahari adalah timbul malu-malu sikit. Cahaya matahari yang seperti kabur-kabur.^_^ Ni bunga rose mama, mama pun berkebun juga, tapi lebih kepada kebun bunga keladi. 

20.03.2022 (HARI KE-4)

Masuk hari ke-4, ni pada waktu pagi. Mula sudah nampak dedaun dia membangun, rupanya lain benih yang kita fikir tumbuh, lain yang tumbuh dengan cepat. Mungkin biji benih yang pertama seperti mau tumbuh tu akan tumbuh lambat. 

Waktu petang selepas hujan pula, seperti bentuk love dedaun dia. Dan berwarna hijau dan lebih kepada keperangan atau warna brown pastel. Nampak nya biji benih yang aku fikir akan tumbuh tu masih lagi begitu saja keadaan dia, Seperti seakan-akan mau tumbuh. Tunggu saja la kan perubahan dia besok-besok, sebab pertumuhan dari biji benih ni bukan semua sekali akan tumbuh serentak, ada yang cepat dan ada yang lambat. Jadi, sabar okey !! ^_^

24.03.2022 (HARI KE-7)

Setalah 7 hari berlalu, aku rasa hanya dia ni saja yang boleh terus hidup. Biji benih yang lain langsung tidak nampak pucuk hingga hari ni. Biji benih yang kita fikir akan tumbuh tu pun sudah buruk dan mati begitu saja. Tak apa, syukur lah walaupun dia ni saja yang boleh terus bercambah. 

Nanti kita carikan teman, kita cari teman yang colourful. Kesian juga dia sendiri saja, Bunga Morning Glory ni lebih cantik bila merimbun. Baru la bunga dia nampak lebih banyak. Nanti kita cari biji benih lagi.

Dan hari ni kita terus pindah pasu dan tukar kepada medium tanah pula, sebelum ni kita guna Peat Moss

Ok!..updated seterusnya..STAY TUNED !! ^_^ Byeee...

No comments:

Post a Comment