#4 Tanam Tembikai di Dalam pasu. - Yana SSurianah Blog

Latest

Wednesday 23 March 2022

#4 Tanam Tembikai di Dalam pasu.

Assalammualaikum...Hollaaa…

Hari ni kita tanam tembikai pula, tapi kita pasti pula isi tembikai ni warna kuning atau merah, biji benih dia bercampur masa asingkan daripada isi hari tu. Hari di mana aku tanam dan menanti biji benih tumbuh, tapi tidak juga tumbuh-tumbuh hingga putus asa untuk menanti pertumbuhan. Aku buang ja di rumah tanpa fikir panjang. ^_^

Sehingga lupa biji benih di buang di situ, rupanya biji benih tu yang tumbuh dengan jayanya pula. Ada beberapa biji yang tumbuh, tapi aku hanya ambil satu benih yang tumbuh saja.

Kita tanam dalam pasu saja sebab, sebab senang untuk angkat dan pindahkan. Lagipun masa ni belum ada tapak khas untuk kita berkebun, kawasan masih kurang sesuai. Tambah lagi bila hujan turun lebat air boleh naik.

Tapak kebun aku sekarang ni, aku letak di belakang rumah di bawah atap berbumbung tapi tidak tembus cahaya matahari pula. Jai, aku letak saja di sisi atap berbumbung. Cahaya matahari kena pada tanaman bermula waktu pagi hingga lah ke tengahri dalam jam12 lebih macam tu.

20.03.2022 


Macam ni lah keadaan kawasan berkebun kita, kita letak semua tanaman ni di belakang rumah. Nampak serabut dan tidak teratur, kita sendiri pun tidak suka menengoknya. Tapi, ni keadaan masa mula-mula berkebun dulu. Yang terkini tiada sudah keadaan ni. Semua nya tinggal kenangan dalam gambar.

Suami bantu kita buatkan rak, dan nampak lebih kemas dan tersusun berbanding gambar di atas. Tak apa, perlahan-lahan kita deco lagi. Tembikai kita yang sebelah kanan hujung tu, masih kecil lagi dengan 4 daun dia.

20.03.2022 


Dan pada masa ni tembikai kita mula membesar dengan 8 daun. Ada sekuntum bunga male di situ.


Dan sehingga sekarang tentunya kita sentiasa dalam proses membesarkan tembikai ni, research apa mau di buat seterusnya bila ada perubahan yang kita nampak. Aku ada terbaca satu info untuk buang bunga pertama yang berputik. Tapi, tu aku lupa pula mana aku jumpa info tu, cari-cari tidak jumpa sudah. Kita sangat baru dalam perkebunan ni, mana yang salah ajar yeeeee ^_^

Di bahagian pucuk ni pula seperti akan ada bunga baru, mungkin bunga jantan atau betina, mengharap juga sebenarnya bunga betina sebab bunga jantan sudah berputik. Boleh juga ke mengharap macam tu ? ^_^...adoi

22.03.2022 

Tengok gambar di atas ni, tu bunga kedua. Bunga Jantan juga, kalau bunga betina dia ada buah tembikai kecil, betul kan? kalau salah perbetulkan. Bila ada bunga betina baru kita boleh buat pendebungaan secara manual cara yang yang lebih mudah dari beberapa info yang aku baca.  

Hari ni kita buang pucuk pula, supaya lebih banyak japang.
 

Rasa nya kita patut tanda tanah, risau pula pangkal pokok tembikai ni rosak. 

25.03.2022

Ooo.. rupanya bila usia pokok 25 hingga 30 hari baru lah akan banyak bunga jantan dan bunga betina akan keluar. Masa tu baru kita boleh buat pendebungaan atau di kahwin kan. Okey !! kita tunggu usia tu ya. ^_^

Okey!!  cerita seterusnya nanti kita update...byee!!

No comments:

Post a Comment