Review My Garnier Sakura White...Love..Love. - Yana SSurianah Blog

Latest

Friday 13 December 2019

Review My Garnier Sakura White...Love..Love.


Assalammualaikum........Hollaa!!

Sedang tercari-cari info atau tertanya-tanya tentang Garnier Sakura White ke tu? Okey ke Sakura White ni? Sesuai ke dengan kulit kita? Dari info-info yang aku baca di lamanweb Garnier Malaysia, skincare ni sesuai untuk kulit sensitif dan sudah semesti nya sesuai juga untuk kulit kita yang normal ni.

Sakura White ni akan membantu mencerahkan kulit kita, kulit tampak gebu berseri, tona sekata, lembut, halus dan mulus. Yang nak kulit wajah cerah dan nak ada pinkis-pinkie gitu, gunalah Sakura White ni.

JOIN NOW!! SHOPEE TUTORIAL : Cara Shopping di Shopee & Dapat Cashback Duit.

Okey !! Sebelum kita cerita panjang tentang Sakura White ni, apa kata kita kenal dulu apa yang ada dalam set ni.


(1) Garnier Sakura White Pinkish Radiance Foam
-Yang sebelah kiri tu.
-Diperkaya dengan Ekstrak Sakura, membersihkan dengan lembut dan menyeluruh, wajah menjadi segar berseri merah jambu.
-Cara Penggunaan : Urut perlahan-lahan pada muka yang basah. Bilas dengan air. Elakkan bahagian mata.


(2) Garnier Sakura White Pinkish Radiance Essence Lotion.
-Losyen untuk menghidrat semula dan melembutkan kulit supaya boleh menyerap dengan lebih baik produk penjagaan kulit anda yang seterusnya.
-Cara Penggunaan : Selepas membersihkan, sapukan beberapa titik atas tapak tangan & urut perlahan-lahan muka & leher sebelum menggunakan sebarang pelembap atau produk penjagaan kulit. Elakkan bahagian mata.

Gambar 3a

Gambar 3b

Gambar 3

(3) Garnier Sakura White Pinkish Radiance Ultimate Serum (Gambar 3).
-Serum dengan tekstur ringan dirumus khas dengan ekstrak bunga Sakura serta 1,000 kapsul pencerah untuk merangsangkan 5 dimensi kualiti kulit anda.
-Cara Penggunaan Serum gambar b : Sapukan pada muka dan leher bersih sempurna sebelum menggunakan krim atau pelembab harian anda. Disyorkan untuk digunakan dengan produk Garnier Sakura White yang lain.

-Cara Penggunaan Serum gambar 3a & 3b : 
Gunakan selepas bersihkan muka dan pembersih muka. KLIK SINI UNTUK TURUTAN MENGGUNAKAN SERUM SAKURA WHITE.


(4) Garnier Sakura White Whitening Serum Day Cream.
-Krim Siang yang diperkaya dengan kandungan 5X bunga Sakura* yang tertinggi* dan perlindungan SPF 21/PA+++. Krim ini mempunyai tekstur yang ringan untuk penyerapan yang cepat.
-Cara Penggunaan : Sapukan secara sekata pada muka dan leher yang bersih sempurna.


(5) Garnier Sakura White Pinkish Radiance Sleeping Essence
-Krim malam untuk Wajah Cerah Berseri, diperkaya dengan 2x Ekstrak Sakura dari Jepun*.
-Cara Penggunaan : Sapukan secara sekata pada muka dan leher yang bersih sempurna.

Tak banyak sangat kan, aku ni bukan lah pakar skincare ^_^. Tapi sebagai pengguna ni kita suka set skincare yang simple dan Cara Penggunaan yang ringkas dan senang saja. Yang penting sesuai dengan kulit kita dan hasil yang terbaik. InsyaAllah...

Okey !! dah ada set Sakura White tu. Mesti tertanya-tanya juga mana satu yang kita nak guna dulu. Yang Pasti Pencuci muka wajib yang pertama. Rupanya Sakura White ni memang tak ada toner. Gila-gila pula aku pandai-pandai guna toner Gernier Light yang warna kuning tu. ^_^

Okey cara nak guna pun mudah saja.
1- PERMBERSIH MUKA- Garnier Sakura White Pinkish Radiance Foam.
2- ESEN - Garnier Sakura White Pinkish Radiance Essence Lotion.
3- SERUM - Garnier Sakura White Pinkish Radiance Ultimate Serum
4- PELEMBAP - Garnier Sakura White Whitening Serum Day Cream

Atau boleh tengok sini juga KLIK SINI UNTUK TURUTAN MENGGUNAKAN SERUM SAKURA WHITE.

Nak info lebih lagi tentang garnier ni ? boleh tengok di laman web Garnier Malaysia dan Facebook Page Garnier Malaysia.

Mudah saja semua nya. Nak guna pun hanya sapu-sapu saja di muka,

Untuk Sakura White ni aku cuma ada yang dalam gambar atas ni saja, dan satu lagi Cream Siang...tapi aku tak terambil gambar sekali pula. Yang botol kuning tu toner Garnie Light Complte dan tak termasuk dalam set Sakura White.

Aku baru ja guna produk ni, baru ja seminggu macam tu. Best pakai sebab tak berminyak pun di muka. Lepas pakai kulit memang terasa halus nya.

Yang nak try guna Garnier Sakura White ni, sila la guna sebab sesuai untuk kulit sensitif dan normal.
Kalau kamu terasa Sakura White ni mahal harga dia, sila lah beli di Shopee..pee..pee sebab kat sana selalu ada promosi, jadi kamu boleh berjimat lebih. Boleh baca sini untuk Pengalaman aku membeli Sakura White ni di Shopee (Pengalaman Shopping di Shopee (Garnier Malaysia)

Jangan lupa !! Nak info lebih lagi tentang garnier ni ? boleh tengok di laman web Garnier Malaysia dan Facebook Page Garnier Malaysia.



Okey ! ni saja perkongsian untuk hari ni....
Kat sini aku juga ada kongsi kan Review Garnier Light Complete. JOM TENGOK REVIEW SINI.

Bye! ^_^ dan terima kasih korang yang dah Subscribe Youtube Channel aku..Juga pada korang yang baru nak subscribe ^_^

36 comments:

  1. Hi awak, actually essense lotion tu works as hydrating toner. They called it lotion because normally Japanese product use 'lotion' term for toner i.e product Hada labo. Eventhough Garnier is from France but since Sakura White Series ni inspired by Japan, so perhaps they used the 'lotion' term ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dengan info awak, ^_^...pertama kali guna yang ada nama lotion untuk muka. Hingga sekarang masih guna, sebab bantu sangat bila kulit muka rasa kering.

      Delete
  2. hi nak tnye, awk dah berapa lama pakai? mcm mne kesan dia ok tak? sy baru beli krim siang dgn malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Umairah ^_^...

      Sudah hampir 2 bulan saya guna. Setakat ni kesan dia okey dan sesuai dengan kulit saya, ...nanti awak beli serum lagi supaya kesan dia lebih baik.
      Yang best nya guna Sakura White ni tak rasa melekit dan berminyak selepas guna. Awak guna setiap hari tau baru kesan positif dia lebih nampak... ^_^
      InsyaAllah...

      Delete
  3. okay tk pakai foam tu? ada prubhn tk lgi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa, bagi saya okey, sebab lepas guna kulit muka tak juga rasa kering lepas guna foam. Kalau rasa kering, sapu pula Essence Lotion...confrim tak kering.

      :)

      Delete
  4. Hi , saya pun dah lama guna produk dari garnier ni .Dari zaman sekolah.Alhamdulillah serasi dengan kulit muka.Dulu pakai set yg botol kuning.Now dah tukar yg Garnier sakura.Cuma serum dgn essence baru pakai.Sangat best n ramai yg tegur kulit makin pinkissh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis !! bila lama-lama guna akan nampak hasil nya. Bertahan beberapa bulan juga tau.. yang penting kita guna konsisten.

      Delete
    2. Dik..boleh akk tahu guna set yg mana

      Delete
  5. mana lagi baik day cream or night cream(sleeping mask )😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedua-dua cream ok ja sis..
      Kalau guna kedua nya kesan nya lbh baik..😃

      Delete
    2. Adakah semua produk it's boleh menghilangkan jerawat?

      Delete
    3. Hai...^_^ pada pendapat saya, ianya bergantung pada penerimaan kulit kita.
      Tapi sis juga boleh cuba guna 😃

      Delete
  6. Hai saya nak tnye.. selepas pakai smua step sampai la ke cream siang tu.. then bg yg jenis xbermakeup . Selepas pakai pakai cream siang tu boleh terus keluar rumah tanpa pakai apa2 ke ? Sng cter cream siang tu boleh pakai sampai bpe lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yg ni saya tak pasti sangat sis, tapi kalau sis rsa confident boleh juga kluar rumah lepas guna , Sebab Ada beza sikit jg guna cream dan tanpa cream... pkai cream muka nampk segar.

      Kalau muka tak berpeluh boleh ja tahan sepanjang hari. ^_^

      Delete
  7. hai sis..klau blh tau sis jenis kulit yg mcm mana ye?sbb sy baru nak try pencuci muka sakura white ni(sblum ni guna fair n lovely, dah bertahun dah tpi baru2 ni xsesuai dgn kulit muka, kulit rasa ketat)..smpai skrg ade guna serum garnier sakura white ni mmang sesuai sgt..tpi agak was2 nak try pencuci muka dll sbb tkut xsesuai pulak😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai sis..Salam kenal^_^..

      Saya rasa kulit saya jenis yg normal, Saya pun guna fair & Lovely dah bertahun, start form 1 hingga 23 tahun mcm tu. sis, muka rsa ketat mungkin ble guna garnier ni sebab Ada essence..tak kan kering kn muka. Cream muka garnier ni pun bukan jenis yg berminyak. Rasa halus ja kulit lepas guna.


      Sis guna saja pncuci muka dia, sebab rsa soft d buka sebab pncuci muka dia jenis foam. InsyaAllah...kalau serum ok, pencuci muka pun akan ok.

      Sis jangan lupa guna scrub lagi tau, supaya sel kulit mati tu boleh d hilang kn. nanti jeragat pun takut muncul 😃

      Delete
  8. Muka saya ada jerawat, sesuai tak sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jerawat sis banyak dan teruk tak?...Sakura White ni sesuai untuk kulit sensetif dan normal.

      Pada masa tertentu atau kadang-kadang, saya ada jerwat juga, sehingga sekarang sakura white ni masih serasi dengan saya. ^_^

      Delete
  9. Hai. Sebelum ni saya guna Deeja kosmetik, untuk elakkan belang pada muka yang melampau. Makin lama macam kurang serasi sabun dia. Jadi saya guna Eversoft, memang baik untuk kulit. Krim siang masih serasi. Krim malam macam dah kurang serasi sebab bila siang muka naik bintat merah gatal. Jadi saya beli Garnier sleeping punya. Rasa ada effect teruk tak kalau campur guna skincare?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai juga sis, ^_^

      sis boleh cuba guna dahulu, kalau sis rasa ada tanda-tanda gatal-gatal atau naik bintik tu stop guna ya. semoga serasi ya sis...

      Saya pun kadang kalau tak sempat cari pembersih muka Gernier sakura ni, saya guna pula pembersih muka safi. sebab kedai yang terdekat jual permbersih muka gernier ni tak jual banyak stok. Kita tinggal di kampung sis. ^_^

      Delete
  10. Sesuai tak untuk kulit berminyak yang essence tuu😫😫😫

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis boleh try, lepas bersihkan muka dengan permbersih muka, Lap muka dengan tuala ...then letak pula essence pada muka😃..

      Essence ni tak berminyak, rasa halus ja muka lepas guna.

      Delete
  11. salam.. saya nak tanya.. produk ni sesuai ke untuk kulit kering ?

    ReplyDelete
  12. salam.. saya nak tanya.. produk ni sesuai ke untuk kulit kering ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam..sis...^_^

      Bagi saya sesuai , sebab ada essence dan krim siang atau malam yang tidak berminyak dan melekit bila pakai. Bila sapu dengan jari kulit kita tu rasa halus ja.

      Kalau sis pakai foundatio, bdak compact, atau make up setiap hari, pasti kan sis bersih kan dengan miceller Cleansing water selepas bersih kan muka dengan foam permbersih muka. Tapi sebelum tu kering kan dulu muka baru sapu miceller guna tisu atau span muka kecil.

      Tujuan nya untuk buang sisa2 foundation, bdak compact atau make up yang kita tak nampak. Kalau guna bersih kan guna miceller tu akan nampk tisu kita berubah warna walaupun sdkit perubahan.

      ^_^

      Delete
  13. Lepas pakai pinkish radience essence lotion memang akan rasa muka melekit ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pengalaman saya tak melekit sis, saya sapu sikit dengan jumlah yang saya rasa asal kan muka tak rasa kering tegang.

      Sebab lepas pakai essence tu, saya tunggu essence meresap pada kulit kejap ..kemudian saya pakai pula foundation, supaya foundation tu jadi tak nampak kering di muka.

      Delete
  14. Kulit berminyak sesuai tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kulit saya jenis normal dan sedarhana, tidak terlalu kering dan tidak perlu terlalu berminyak. Tiada pengalaman untuk kulit berminyak. Tapi, sis boleh cuba sebab cream muka dia bukan yang jenis berminyak. ^_^

      Delete
  15. Kalau kulit muka jenis kombinasi x boleh guna la sakura whitening serum cream tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis boleh cuba guna.

      serum cream dia bukan jenis yang berminyak. Selepas kita pakai kulit tak rasa melekit atau berkilat.

      Delete
  16. Hai assalamualikum sis.. Saya juga pengguna sakura white.. Slma nie yg pkai pencuci muka safi lps tu rsa x Best pkai sya tukar ke pencuci buka sakura white whipping foam punya... Mmg Best.. Skrg tgh cri semua set garnier sakura white.. Tq sis atas perkongsian sis psa garnier sakura.. Jd sya tau yg mna sya x bli lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam ...Sis..best kan guna Garnier ni Sis, naturel ja pada kulit.
      Skincare simple dan berkualiti.

      Delete
  17. Hi sis. Sy nak tanya, yg new sakura white, Whitening serum cream digunakan waktu malam or siang sahaja ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna waktu siang Sis,

      waktu malam tu Garnier Sakura White Pinkish Radiance Sleeping Essence.

      Delete