[Beauty] Review Body Lotion Garnier Yang Lembut & Wangi Untuk Lembapkan Kulit. - Yana SSurianah Blog

Latest

Thursday 18 March 2021

[Beauty] Review Body Lotion Garnier Yang Lembut & Wangi Untuk Lembapkan Kulit.


Assalammualaikum....Hollaaa...

Buat apa tu?? Tengah ada problem kulit Badan yang kering, kusam dan kasar ke? Dan tengah-tengah cari lotion mana yang terbaik juga ke? ..ok ! Mari aku kenal kan body lotion terbaru Garnier ni, 

Memperkenalkan Losyen Badan Susu Serum yang pertama di Malaysia oleh Garnier Malaysia. Losyen badan baharu ni bukan sahaja melembapkan kulit, ia juga boleh mencerahkan kulit dalam 1 MINGGU! Jadi yang ada kulit kusam and kering tu boleh sangat la guna lotion ni.


Jika Kulit kering & kusam pula, Jangan risau! Sakura White Whitening Serum Milk UV ni ada ja untuk selamatkan kulit kita.


Yang ni Losyen Badan ‘Light Complete Extra Whitening Serum Milk UV’ diperkaya dengan 2x Vitamin C yang membantu kurangkan bintik hitam serta mencegah pigmentasi dengan UVA/UVB dari sinaran matahari ☀️ 


Losyen Badan Susu Serum ni juga mencerahkan kulit seawal 1 minggu serta membuatkan kulit kita ni terasa lembut & lembap sepanjang hari. Paling penting, teksturnya cepat menyerap & tidak melekit! 


Kawan-kawan boleh dapat kan lotion Garnier ni di kedai-kedai terpilih ada jual produk Garnier, contoh nya watson, guardian dan lain-lain kedai yang berkenaan.


Kalau aku lebih sula Membeli secara online, iaitu beli di Shopee ja. Sebab semua produk Garnier lengkap ada di situ. Lepas tu selalu pula buat sale dan kadang dapat pula freegift lagi. Kadang Garnier juga buat set combo, maka kita dapat lagi harga jimat. Best kan!!


Tambah pula,  tempat aku tinggal sekarang jauh dengan kedai yang jual produk Garnier lengkap. So, Membeli online lebih mudah walaupun lambat sikit. Jimat masa dan jimat kos. 


Kalau kamu mau beli secara online, Klik sini (KEDAI GARNIER HQ DI SHOPEE) untuk macamana nak tau kedai sebenar Garnier HQ. 

Ada burble wrap juga dalam Kotak.

Yaaa!!! Aku dah guna juga, Selesa bila pakai. Tak rasa berminyak, melekit pun tak...lotion ni bukan kat luar rumah ja pakai. Dalam rumah, tempat kerja ke, atau mana-mana tempat pun boleh ja pakai.

 Kita pakai sebab tempat kerja ada aircond, kadang kulit memang jadi kering. Bila kita berpeluh pula, kulit pun tak rasa berminyak melekit.
Kamu rancang nak pilih body lotion Garnier yang mana tu? Aku pilih yang ni. Garnier Body Lotion Light Complete.

Bila nak guna lotion ni? Guna saja pada bila-bila masa, dan sebaiknya pakai lotion ni selepas mandi, setelah kita lap-lap dengan tuala. Bukan la selepas mandi dan ketika badan masih basah-basah. Lap dulu kulit dengan tuala.


Sebab pakai lotion selepas ni akan memudahkan lagi lotion menyerap pada kulit. Sekali sekala scrub lah kulit kita dengan body scrub. Supaya lotion kita tak terlapis dengan sel kulit mati. Bila kali terakhir korang scrub badan?^_^


Apa-apa lotion pun kita boleh buat cara macam ni. Bukan lotion Garnier saja tau.


Ok !! Kalau kamu nak guna lotion ni boleh la korang dapatkan di kedai-kedai terpilih yang jual Garnier produk, contohnya di Watson, Guardian dan lain-lain kedai lagi.


Nak beli online pun boleh juga.Tengok sini kedai dia >> KEDAI GARNIER HQ DI SHOPEE


Sebotol lotion ni 400ml dan harga pula RM25.90. Tapi, aku beli online hari tu kat shopee RM16.84 saja sebab aku beli masa Garnier buat shocking sale. 


Yeiiiii...dapat jimat woi. Lepas tu kos pos pun percuma, sebab aku guna Free Shipping Voucher RM15. Kalau Voucher kamu ada logo ShopeePay . Tengok sini CARA GUNA & CARA BAYAR GUNA SHOPEE PAY.


Ehh!!jangan lupa..kalau beli di shopee , guna juga SHOPBACK sebab nanti kamu akan dapat cashback juga. Macamana tu?? Tengok sini CARA MEMBELI DI SHOPEE GUNA SHOPBACK.


Ok !! Guyss..ni saja perkongsian aku hari ni. Hari lain , insyaAllah kita kongsi lagi ya. 


Byeeeeee!!! ^_^


6 comments:

  1. Murah je, nanti boleh lah try lepas habis losyen vaseline ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Tiqah^_^...
      Yaa boleh cuba nanti ... memang kulit rasa jadi halus dan tidak kasar serta kering.

      Delete
  2. pasni bole try juga... :)tp kita jarang pakai losyen... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa...Try Retna. Yang terkini ada juga hand lotion yang terbaru dari Garnier.^_^

      Delete
  3. Menarik ni.. harga pun mampu milik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa ...betul tu Edah. ^_^

      Yang terkini Dan terbaru hand cream pun ada juga. Harga bawah RM10 ja...saiz kecil. Boleh la selit-selit dalam bag.

      Delete