#7 Bunga Krisan Sneak Yang Senang di Jaga. - Yana SSurianah Blog

Latest

Thursday 31 March 2022

#7 Bunga Krisan Sneak Yang Senang di Jaga.

Assalammualaikum...Hollaaa...

Bunga ni aku tanam bermula dari biji benih. Biji benih freegift yang aku beli secara online di Shopee. Seller tu letak nama pada packaging biji benih "Krisan Sneak Flower", tengok dari gambar bunga dia ala-ala bunga aster atau chrysanthemum.

Hari ke-3 (22.02.2022)

Jadi kita tanam saja, aku tidak tanam terus di tanah. Hanya try buat percambahan biji benih pada tisu yang di basahkan dan letak dalam bekas yang tertutup. Kemudian, letak bekas tu di kawasan yang redup. Aku tu letak dalam almari ja.

Kejap ja biji benih sudah keluarkan tunas, hari ni kita letak pada tisu, besoknya pula sudah keluar tunas berwana hijau, bukan warna putih tau. ^_^

Hari ke-13 (07.03.2022)

Bunga Krisan ni aku letak dalam 2 pasu, 1 pasu tu ada dua pokok dan yang satu pokok lagi dalam pasu ni. Masa ni daun dia nampak tidak sihat, berkedut dan kering, tidak pasti kenapa. Mungkin cabaran semasa sedang membesar. 

Hari ke-37 (31.03.2022)

Bila dia semakin membesar dan nampak sedikit matang, daun dia mula nampak segar. Menghijau bersinar sehingga kita tidak berapa perasan perubahan tu. Sebab kita fikir pokok bunga ni tidak akan membesar.

Hari ni kita ada sedikit masa terluang, kita pindah kan dua pokok ni ke pasu yang lebih besar sikit. Tengok tu akar dia pun sudah bersesak-sesak membentuk tapak pasu.

Masa pindahkan ni, baru perasan yang dedaun dia sudah berjapang. 


Nanti dia membesar kita tukar pasu lagi.

Kita letak dia sini, di sisi rumah, biar mereka dapat vitamin dan makanan daripada cahaya matahari.


Okey!!... Hari seterusnya semestinya kita akan update ya....jumpa lagi .. ^_^

Bye...!!!

No comments:

Post a Comment