Jom!! ke Muzium Chimney W.P Labuan. - Yana SSurianah Blog

Latest

Thursday 16 January 2020

Jom!! ke Muzium Chimney W.P Labuan.

 

Assalammualaikum…Hollaaa!!

Apa khabar kamu….???
Baru aku berkesempatan post cerita aku dan keluarga ke Muzium Chimney W.P Labuan hujung tahun 2019 yang lalu. Sekarang sudah di pertengahan Januari 2020. Aku agak sibuk sikit di awal tahun ni. Sibuk di tempat kerja dan sibuk juga di rumah. Dalam fikiran ni tak sabar juga mau cerita sebenarnya, tapi mau buat macamna…aku kena dahulu kan yang penting.

Blog aku pun penting juga tau, sebab ni la salah satu ME TIME aku di kala-kala sibuk setiap hari dan jika berkesempatan. Penting bah ME TIME, sebab ME TIME ni bagi aku luangkan masa dengan aktiviti yang kita suka. Contoh ME TIME yang aku suka buat adalah deoc-deoo ruang dalam rumah, buat landscape luar rumah, tanam sayur, tanam bunga. Kalau di office pula aku nda sabar mau buat EKSA, sebab EKSA kan berkait rapat sangat dengan deco-deco.

Tapi di tempat kerja sekarang aku cuba focus untuk buat perubahan gaji staf. Ada 6 orang guru yang telah di naikkan pangkat. Jadi aku kena buat perubahan gaji sebelum bulan Feb 2020. Bila naik pangkat, maka gaji pun semestinya bertamabah, Kalau aku naik pangkat pun semestinya aku tak sabar juga nak gaji berubah cepat, maksudnya berubah kepada bertambah. Kalau ada staf pertama kali lapor diri pun aku cuba usaha cepatkan proses masuk gaji, sebab pasti dorang perlu duit untuk perbelanjaan awal masa bekerja…betul kan?? ..sila akuuun.. ^_^.

Staf baru sekarang yang pertama kali lapor diri bekerja dah ada kemudahan best tau, sebab tak macam dulu masa zaman aku. 3 bulan bekerja baru merasa gaji, sebab proses pembayaran gaji dulu ada lambat sikit. Kena hantar dokumen staf ke Jabatan Akauntan secara by hand dengan perjalanan 100 lebih kilometer.. Kalau sekarang tak lagi, office dah boleh proses terus tanpa ke Jabatan Akauntan. Cara ni memudahkan kerani dan semua staf. …Alhamdulillah….


Ehhh!!!..lari dari tajuk pula. Mau cerita pasal Muzium Chimney, tiba-tiba cerita lain. Okey !! kita cerita pasal Muzium Chimney la. Muzium ni dekat ja dengan Taman Burung.

Sejarah Chimney ni merangkumi dua komponen di tapak bersejarah Chimney, iaitu bangunan Pusat Informasi Chimney dan Menara Chimney.

Pusat Informasi Chimney ni berfungsi sebagai sebuah Muzium tapak yang mempamerkan sejarah awal Tanjung Kubong, sejarah perlombongan arang batu Labuan sejak 1847, dan sejarah Chimney sebagai gambaran pentingnya kawasan utara Labuan ini dari segi sosio-ekonomi lebih seabad yang lampau.



Sebahagian daripada Peralatan Jentera Perlombongan Arang Batu yang di temui di sekitar Chimney dan tapak terowong  Bukit Kubong.






Tinggalan Roda kerabak









Menara Chimney juga adalah bukti peninggalan aktiviti perlombongan arang batu di Tanjung Kubong yang telah berusia lebih seabad. Menara ini telah di baikpulih melalui kerja-kerja konservasi Oleh Jabatan Muzium Dan Intikuiti bermula Oktober 1997 dan siap pada Oktober 1999.

Ni anak buah aku, nama di Irleesya...dan nickname dia pula KIKI ^_^.
Tahun ni dia dah UPSR.



Okey !! ni saja gambar-gambar yang aku sempat snap, sebab handphone sudah low bet masa tu. ok jumpa di lain post pula, semasa di akarium dan main-main basikal ala-ala jepuuuuunnn...

Byeee!!..

No comments:

Post a Comment