[ My Review ] Wangi dan Segar Dengan Good Virtues Co. Setiap Hari. - Yana SSurianah Blog

Latest

Thursday 3 June 2021

[ My Review ] Wangi dan Segar Dengan Good Virtues Co. Setiap Hari.

   

Assalammualaikum... Hollaa..
                                                                            
Hai ..korang !! pasti ramai yang dah tau pasal produk Good Virtues Co ni, yang mana kaki Watson atau Guardian pasti terpaut tengok produk Good Virtues ni. Antara yang pernah kita guna adalah Shower Cream & Losyen, dan yang terkini aku guna Hand Sanitiser pula. 

Untuk pengetahuan korang Produk Good Virtues Co ni ada 3 kategori, iaitu :

1. Untuk penjagaan wajah.
2. Untuk penjagaan rambut dan
3. Untuk Penjagaan badan

BAHAN UTAMA PRODUK GOOD VIRTUES CO 


Bahan utama dalam Produk Good Virtues ni adalah Habbatus Sauda Dan Aloe Vera. Yang nutrien semula jadi, mineral dan anti-oksidan.

OK !! aku cerita sikit ye beberapa produk yang terdapat di Good Virtues Co ni. ^_^

HAND SANITISERS


Ok !! yang ni Hand Sanitiser, Good Virtues Co ada 2 jenis sanitiser tau. Iaitu :

•Fast Action Moisturising Hand Sanitiser dan
•Mist Spray Sanitiser.

Kedua-duanya boleh membasmi 99.9% kuman dan bakteria. Tapi, apa pula kebaikannya ?

Hand Sanitiser ni mengandungi Ekstrak Aloe Vera dan Minyak Organik Habbatus Sauda yang membantu melembabkan dan memulihkan kulit kita daripada kekeringan supaya kulit kita lembab dan lembut sepanjang hari!

Aku ada hand Fast Action Moisturising Hand Sanitiser, memang selesa bila sapu pada tangan..cepat kering tapi lembab pada kulit tak terasa kering sangat pada kulit. Melekit pun Tak.


Untuk Fast Action Moisturising Hand Sanitiser, ia mengandungi 70% alkohol manakala Mist Spray Sanitiser tu pula mengandungi 75% alkohol membasmi kuman.

SHOWER CREAM


Ok !! yang ni pula Shower Cream, krim mandian untuk kita semua. Nak guna bersama keluarga pun boleh. Ni antara shower cream Good Virtues, setiap corak botol tu berbeza manfaat…kalau nak guna semua pun boleh, jadi bila setiap kali korang nak mandi boleh la tukar-tukar guna.

Ada 3 pilihan krim mandian ni, iaitu :

1. Anti Bakteria & Penghidratan: Disemai dengan Minyak Habbatus Sauda Organik menyuburkan dan melindungi kulit.

2. Anti Bakteria & Menenangkan: Mengandungi Aloe Vera menenangkan kulit yang jengkel! & Disemai dengan Minyak Habbatus Sauda Organik.

3. Anti Bakteria & Menyegarkan: Mengandungi ekstrak Lemon dan Tembikai menyegarkan kulit untuk rasa segar yang menggelegak setelah seharian! & Disemai dengan Minyak Habbatus Sauda Organik.


Shower cream ni ada packaging untuk refill, kalau kita ni kadang rasa sayang nak buang packaging botol tu, refill ja untuk tambah cream bila dah habis 
. ^_^ yaa...kalau aku rasa sayang Tau sebab corak dia yang floral dan cantik pula tu. Memikat sangat!!

FACIAL WASH


Yang ni pula pembersih wajah.

Kalau kulit wajah korang  berjerawat, pastikan korang menggunakan pembersih lembut yang sesuai tau. Good Virtues mengesyorkan korang yang ada masalah jerawat untuk membersihkan wajah dua kali sehari, ni adalah untuk memastikan pori-pori kulit Kita tu tidak tersumbat dengan kotoran dan minyak, so..cara ni akan mengelakkan jerawat muncul kembali. 

Ok!! Kalau korang alami kulit kering pula, cubalah Extra Moisturizing Facial Cleanser. 


Untuk kulit berminyak pula gunakan Refreshing Deep Cleansing Facial Foam. 

Korang nak tau tak?? Sekiranya kulit korang jadi berminyak walaupun selepas membersihkan wajah, korang mungkin dalam kategori kulit berminyak! Korang kena gunakan pembersih busa lembut sebab gelembung mikro kecil tu akan menyerap minyak dari kulit korang dan membersihkan liang pori. 
 
 tak pasti lagi jenis muka korang?? Korang check sini.

FAMININE WASH



Yang ni pula faminine wash, korang boleh tengok panduan Kat atas ni untuk cara nak pilih mana satu yang sesuai untuk kegunaan korang. Senang Saja nak pilih kan^_^

DEODORANT


Ok !! Yang ni pula deodorant.

Sebenarnya kita pun baru tau yang Good Virtues ni ada deodoran, untuk pengetahuan deodorant Good Virtues ni bebas daripada SLES, ALES, parabens dan pewarna sintetik. 

Yang best nya juga deodorant ni mengandungi Minyak Organik Habbatus Sauda dan ekstrak Himalaya di dalamnya yang sudah tentu akan bantu bawah lengan korang kekal cerah dan tidak gelap, serta kurangkan bau yang kurang menyenangkan. So, kalau korang nak kurangkan masalah bawah lengan gelap dan ada bau yang kurang senang boleh sangat guna deodorant ni. 

Tapi, kalau korang tak Ada problem tu semua, sudah tentu nya boleh guna juga. Bau deodorant ni yang wangi pasti akan buat Kita lebih yakin Dan segar.

Harga untuk deodorant ni pula RM8.90, memang mampu milik. 

HAND & BODY LOTION



Korang yang ni pula Hand & Body Lotion, dari kekalkan kelembapan hingga lah membaiki kulit. Setiap Hand & Body Lotion ni mempunyai kebaikannya yang tersendiri :

a) Membantu mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari dengan L22 Botanical Lipid Complex.

b) Minyak Organik Habbatus Sauda meremajakan serta melembabkan kulit supaya kulit Beauties kekal remaja.

c) Mencerahkan kulit yang berpigmentasi serta mengembalikan tona kulit yang natural dengan ekstrak Himalaya.

d) Cocoa butter dan Shea butter membantu untuk membaiki kulit yang kering dengan memastikan kulit kekal lembab sepanjang hari.


Kalau korang nak dapatkan Produk Good Virtues Co ni boleh la dapatkan di Watson, Guardian atau nak beli secara online beli ja di Shopee atau Watson Online.

Korang juga boleh Follow Good Virtues Co untuk ketahui lebih lanjut berkenaan Produk dan program terkini seperti contest dan Fb atau IG Live.

Facebook page : Good Virtues Co.
Instagram : goodvirtuesco

Ok!! Jumpa lagi..byeee^_^

No comments:

Post a Comment