Jom !! Jalan-jalan ke Peace Park atau Taman Damai W.P Labuan. - Yana SSurianah Blog

Latest

Tuesday 21 January 2020

Jom !! Jalan-jalan ke Peace Park atau Taman Damai W.P Labuan.


Assalammualaikum….Hollaa!!..

Peace Park atau Taman Damai ni tempat paling last kami pegi, sementara nak tunggu feri gerak untuk balik rumah, kami singgah sini kejap. Lagi pun Taman ni berdepan ja dengan pantai Layang-layangan. Sesuai sangat untuk bersantai dan relax.

Minyak kereta pun masih ada 2 bar lagi, tak jauh juga untuk ke sini. Sebenarnya pertama kali juga kami ke Taman ni. Jadi kami hanya cari lokasi guna google map. Mudah, cepat dan tetap laluan nya.



Ni pantai dia, petang-petang ada pula orang berkuda.




Nahh... sila la bergambar di background tu, fokus kan kamera telefon betul-betul muat saiz gambar tu ja.


Sudah alang-alang di sini, kita round ja la taman ni. Pusing-pusing tengok alam konon ^_^ 


Paling bersemangat mau jalan, budak Aran...langsung dia nda merungut penat. Bersemangat ja dia, sepertinya nda reti penat walaupun muka sudah kemerahan dan rerambut tepi telinga sudah berpeluh. Dengan suara nyaringnya lagi memanggal kalau kita tertinggal di belakang.





Aku suka pula dengan gerbang ni, sebab ada bunga-bunga atas dia. Bunga kertas.

Okey !!Guy!! yang ringkas saja aku taip hari ni.....lain hari jumpa lagi,

Bye!

No comments:

Post a Comment