Jalan-jalan ke W.P. Labuan (5 Tempat Menarik di Labuan) - Yana SSurianah Blog

Latest

Wednesday 1 January 2020

Jalan-jalan ke W.P. Labuan (5 Tempat Menarik di Labuan)

Terminal Labuan

Assalammualaikum...Hollaa...

Beberapa hari lagi mau habis tahun 2019. Dapat la menyeberang kejap ke W.P Labuan..tengok-tengok tempat menarik dengan keluarga. Perjalanan Selama 2 hari 1 Malam ja. Dan Kami juga menginap di Homestay yang membolehkan kami memasak menu mengikut selera kami.

Terminal Menumbok

kami meniki bot dari Pekan Menumbok, dengan kadar tambang RM. Naik bot ni perjalanan lebih cepat, menaiki bot besar ni perjalanan tak terasa sangat ada ombak. Rasa smooth-smooth juga la perjalanan.

Bot dari Terminal Menumbok ke Labuan.

sepanjang kami berada di W.P Labuan, Kami Sewa 2 buah Perodua Axia dan sebuah Perodua Viva . Selepas dapat kereta, kami terus melawat ke Taman Burung, kami tak terus ke Homestay....sebab jam 3 petang baru kami boleh masuk.

Taman Burung

Jadi, sementara tu kami melawat dulu beberapa tempat yang sempat di lawati. Gambar-gambar di Taman burung agak banyak juga aku ambil, boleh baca dan tengok gambar-gambar di sini (Jalan-Jalan di Taman Burung W.P. Labuan).


Menara Chimney

Selepas kami di Taman Burung, kami ke Menara Muzium Chimney pula. Taman Burung dengan Muzium Chimney ni dekat-dekat ja..tu yang kami terus singgah. Jadi, nanti tak perlu la kami berulang alik lagi ke sana. Nak tengok suasana di Muzium Chimney? Boleh tengok sini (Jalan-Jalan di Muzium Chimney W.P. Labuan).

Kemudian, kami pegi makan pula. Dah tengahari, confirm lapar. Kami makan di Restoren Wawasan, yang terletak di hadapan padang Dataran Labuan atau betul-betul berhadapan dengan roundabout ikan. Menu makanan di sini pun okey juga, sedap!! Ada seafood....banyak pilihan makanan pula tu.

Muzium Labuan

Restoran Wawasan ni sebelah Muzium Labuan dan Muzium Labuan ni bersebelah Restoren Wawasan^_^. Kalau masih tak jumpa, cari pula Pejabat Pos....confirm jumpa!! Sebab tepi-tepi jalan ja semua.

Homestay

Selesai makan kenyang perut dan mengantuk serta penat. Kami ke pegi homestay setengah jam awal. Yaaa...walaupun baru kejap jalan, memang terasa penat kaki ni^_^.

Homestay

Sampai homestay, rehat-rehat dan tidurkan budak yang suka jalan-jalan ni.

Kompleks Sukan Laut

Untuk hari kedua pula kami melawat ke Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, dalam ni ada Akarium....ikan hidup dan ikan tiruan plastik. Ikan tiruan lebih banyak dari ikan hidup. Nak tengok gambar di Kompleks Sukan Laut , boleh tengok sini (Jalan-jalan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan).


Basikal sewa

Dalam Kompleks tu ada basikal sewaan, yang single RM5, untuk 3 orang RM15...ada juga untuk 4 orang. Semua sewaan mengikut masa selama 30 minit saja. Boleh tengok sini gambar kami naik basikal (Jom Naik Basikal Jipun)


Taman Damai

Yang ni pula Taman Damai, terletak berhadapan dengan Pantai. Cara nak cari senang ja. Search di google map dan taip Peace Park. Confirm Jumpa....!! tengok sini gambar-gambar di Peace Park (Jalan-jalan di Peace Park W.P. Labuan).

Taman Damai

Okey !! ini ja coretan ringkas hari ni, gambar-gambar lain nanti aku post arr... kalau kamu klik untuk tengok gambar-gambar lain tu memang tak dapat sebab aku belum post lagi. Nanti ada masa free aku post.

Okey ! bye..Jumpa di Post akan datang..

No comments:

Post a Comment