Jalan-jalan ke Zoo Lok Kawi, Sabah. - Yana SSurianah Blog

Latest

Sunday 5 May 2019

Jalan-jalan ke Zoo Lok Kawi, Sabah.

Tarikh : 30 April 2019 (Hari Pekerja)

Hari tu, singgahlah sekejap ke Zoo Lokawi,Sabah. Kebetulan perjalanan kami 1 hala dengan Zoo, terus bawa Aran jalan-jalan tengok binatang.

Kali ni kami bawa dia tengok binatang yang real. Memang dia excited, dia banyak berjalan sendiri Tanpa di dukung. Ada jua minta  di dukung sekejap-kejap. Hari sebelum pun sudah di bagitau dengan Aran yang Kita akan ke Zoo untuk tengok gajah. ^_^

HARGA TIKET MASUK ZOO LOKAWI
Warganegara
•Dewasa 18 tahun ke atas RM10.00
•Kanak-kanak 3 tahun hingga 17 : RM5.00
•Warna emas 60 tahun ke atas : Percuma
•Orang kelainan Upaya (OKU) : Percuma

Bukan Warganegara
•Dewasa 18 tahun ke atas
•Kanak-Kanak 3 hingga 17 Tahun RM





Burung ni boleh bercakap dengan mengikut apa yang kita sebut. Contoh nya “Assalammualaikum” dan “hai”. 

Dulu pernah sudah bawa Aran ke sini, tapi masa tu dia belum pandai jalan sendiri lagi. Dan hanya tengok-tengok binatang begitu ja. Kenal bintang pun tidak lagi.


Yang ni rusa, pertama kali Aran nampak rusa yang betul-betul. 

Masa ni ramai juga pelancong yang datang, ada yang datang berkumpulan ada pula datang berkeluarga dengan tour guide sendiri. Antaranya dari Negara Jepun dan Korea.



Mainan Ikan Aran beli di luar Zoo. Rm1.00 satu.



Ibu cakap, tengok lah dekat-dekat lagi. Tapi Aran takut-takut pula. Aran excited tengok, balik-balik dia sebut gajah, kalau dalam bahasa Aran ‘Jah’.


Lawa sungguh kan bulu-bulu burung merak ni. Tu la nampak mahal nya bila di letak pada tudung atau baju-baju plain.

Apa-apa pun kita di larang membunuh atau merosak binatang untuk kepentingan sendiri.

Burung Helang. Kalau mau tengok jarak dekat dan real, datang la sini tengok. 



Beruang Madu 




Aran tengok Ankole



https://drive.google.com/uc?export=view&id=1qumsxE0UQ0hfFprVi5prqSPPLe44vEqb
Apa yang sampai bersesak dorang tengok ni? Ni pelancong-pelancong dari luar negara. Monyet tengah makan tu, Kalau monyet tidak makan, monyet-monyet Tu bergayut-gayut di atas...jadi tak berapa la kita nampak sangat.


Monyet makan sayur-sayuran dan lobak.



Gibbon


Sampai di Zoo dalam jam 12:30 petang. Anggaran masa keluar dari Zoo jam 2 petang. Sekali tengok jam dalam 4:30 petang keluar zoo^_^. 

Pergi singgah sekejap tengok di Amphitheater, sebab ada animal show. Contohnya burung kakak tua, ular dan beberapa binatang lain lagi. 
Animal show ni di buka setiap hari, kecuali hari jumaat tutup. Kalau cuti sekolah dan cuti Am tetap buka. Ni Daily Program di Zoo. 

Budak perempuan ni pelancong dari Jepun. Dia tukar kedudukan 3 mangkuk dan salah satu mangkuk ada bola berwarna merah. Selesai tukar kedudukan burung tu akan teka di mangkuk mana bola Tu berada. 


Burung kakak tua pun teka la, dan tentu lah dia pilih mangkuk yang betul ^_^ 

Masa ni kita di boleh kan sentuh ular sawah ni, budak-budak lah paling seronok. Ada budak yang takut dan ada pula budak yang berani seronok. Aran kejap takut kejap berani.



Okey !! tamat perjalanan di Zoo Lok Kawi 3 jam setengah.

Jumpa di perjalanan yang lain ^_^.

Bye!

No comments:

Post a Comment