Cara Daftar Tiktok Affiliate Menggunakan Handphone (Versi 2023). - Yana SSurianah Blog

Latest

Thursday 16 March 2023

Cara Daftar Tiktok Affiliate Menggunakan Handphone (Versi 2023).

Assalammualaikum & Hai.. Semua :)


Ramai yang nak join Tiktok Affiliate ni kan, tapi kurang pasti bagaimana cara daftar. Di sini saya kongsikan cara daftar Tiktok Affiliate secara bergambar, hanya menggunakan handphone saja. Baca caption di setiap gambar ya.

1) Cara daftar yang saya kongsikan ni adalah pendaftaran menggunakan no. telefon. Sila pastikan no.telefon yang di daftarkan adalah aktif.

2) Cara Pendaftaran untuk Follower Tiktok di bawah 1000.

3) Individu adalah Warganegara Malaysia dan mempunyai IC berusia 18 tahun ke atas.

Download App "Tiktok Shop Seller Center" dan App "Tiktok" jika belum download.



Daftar kedai Tiktok terlebih dahulu di "Tiktok Shop Seller Center". 


Isikan maklumat  berikut :
No. telefon, Alamat e-mel yang aktif & kata laluan.


Contoh pengisian maklumat pendaftaran. setelah selesai isi maklumat, klik "Serahkan" atau "Submit".

Pilih atau klik Perniagaan milik individu perseorangan atau pilih Korporat untuk syarikat (pastikan di sertakan lesen perniagaan). selesai isi maklumat klik "submit".

Di bahagian ni pula pilih "Kad Pengenalan" dan "upload gambar ic" kamu. Pastikan jelas. Kemudian, klik "Teruskan"

Isikan maklumat yang betul, bukan maklumat tipu-tipu :). kemudian klik "Sahkan".

Isikan maklumat yang di perlukan di atas, kemudian kemudian klik "Sahkan".

Masa ni 'Penyemakan permohonan kamu sedang dalam proses.

Kamu akan dapat Notification "Your Shop Has Been Approved" atau kalau tiada di Notification, sila check e-mel yang telah kamu daftarkan tadi.

Ni contoh e-mel yang kamu akan terima.

CARA LINKED  AKAUN TIKTOK PERSONEL DENGAN AKAUN TIKTOK SHOP SELLER CENTRE

Klik "Log in"

Masukkan no. telefon yang kamu daftarkan tadi.

Masuk di bahagian "Setting" dan klik.

Kemudian, pilih dan klik "Linked Tiktok Accounts"

Pilih "Marketing Accounts".

Masukkan atau taipkan username Tiktok Personal 
Kamu akan terima status seperti di atas, sekiranya kamu belum update tarikh lahir di akaun tiktok personal atau kamu belum mencapai berusia 18 Tahun.

CARA UPDATE TARIKH LAHIR DI AKAUN PERSONEL
1. Masuk ke akaun tiktok personel dan Klik Profile
2. Klik Setting and Privacy
3. Klik Account
4. Klik Account information
5. Klik dan ubah tarikh di bahagian "Date of Birth" (Rujuk gambar di bawah, gambar 7)

Tengok gambar ni, tambah atau ubah di situ ya.

Bila kita sudah tambah tarikh atau kamu tiada masalah seoerti di no.6, klik saja terus "Send invitation". 

Lepas tu "Invitation sent, awaiting verification". Klik "Got it"

Lepas tu lagi status dia akan jadi macam ni, 48 hours tu maksud dia dalam tempoh 48 jam tu kita kena linked Akaun Tiktok Personal dengan Tiktok Shop kita. 

Ok ! cara seterusnya tengok gambar di bawah.

Kemudian, pergi ke Akaun Tiktok Personal dan masuk di bahagian inbox. Lepas tu klik System Notifications.

Di bahagian System Notifications tu pula klik bahagian New Request.

Kemudian, Klik Accept Request.

Then, Klik saja Link account tu.

Ok! bila sudah sampai di bahagian ni, sahlah bahawa akaun Tiktok Personel dan Akaun Tiktok Shop Seller Centre telah pun linked. Yeiii!! berjayaaaa... ^_^

Pergi semak di Tiktok Personal kamu, kalau ada simbol bag seperti gambar di atas tu maknanya sudah berjaya la tu ^_^. Lepas ni kita belajar cara tambah Produk Affiliate ke dalam kedai tiktok kita pula.

Selamat mencuba kamu semua..

ada yang kurang faham ke tu? boleh tanya di ruangan comment di bawah.

No comments:

Post a Comment