Manfaat Lesitin Pada Kesihatan. - Yana SSurianah Blog

Latest

Monday 20 March 2023

Manfaat Lesitin Pada Kesihatan.

Assalamualaikum & Hai semua...

Contoh gambar by Etsy

Hari ni kita cerita secara ringkas tentang lesitin dan manfaat dia pada kesihatan badan manusia, kalau saya sendiri memang sangat jarang dengar tentang lesitin ni. Tapi bila study dan faham tentang nya, ia sebenarnya sangat memberi manfaat pula pada kehidupan harian kita.

Lesitin ni adalah bahan berlemak yang penting dalam sel-sel badan. Ia bertindak sebagai pengemulsi semula jadi dan menyokong pelbagai fungsi badan.
Kita boleh didapati lesitin ni di dalam makanan seperti kuning telur, kacang soya dan organ haiwan. Lesitin ni juga mengandungi kolin (cholin).

Kolin tu pula adalah nutrien yang penting untuk mengawal atur fungsi utama badan bagi mengekalkan kesihatan yang baik. Boleh baca lebih lanjut untuk mengetahui kebaikan lesitin pula.

MANFAAT LESITIN PADA KESIHATAN.

1. Menggalakkan Penurunan Berat Badan Secara Sihat. 
Lesitin ni telah diamalkan sebagai sebahagian daripada diet sihat sebab ia berkesan untuk menggalakkan penurunan berat badan. 

• Membantu mempercepatkan proses pemecahan lemak dan meningkatkan metabolisma. 

• Diperoleh daripada sumber semulajadi dan membantu proses penurunan berat badan secara sihat tanpa perlu bergantung kepada ubat-ubatan yang boleh memudaratkan kesihatan kita.

2. Merendahkan Kolesterol.
Kebaikan lesitin dalam mengurangkan paras kolesterol sudah dikenali kerana telah digunakan dalam rawatan pesakit dengan masalah kolesterol yang tinggi sejak sekian lama. 

• Ia mencegah pengumpulan lemak pada dinding jantung, arteri (salur darah) dan otak dengan memecahkan lemak yang terkumpul. 

• Pemecahan lemak ini turut memberi manfaat kepada kesihatan kardiovaskular kita.

3. Meningkatkan Fungsi Kognitif.
Lesitin ni mengandungi kolin yang membantu untuk : 
• Menghasilkan asetilkolin, astekilkolin tu pula adalah bahan yang terlibat dalam pembelajaran, daya ingatan, fungsi otot, tidur, rangsangan seksual, rembesan dan peredaran hormon. 

• Lesitin yang mengandungi kolin ni juga membantu untuk mencegah masalah gangguan ingatan akibat usia tua dengan penambahbaikan yang mungkin untuk penyakit  Alzheimer’s, Demensia dan Amnesia.

4. Mengekalkan Kesihatan Kulit.
Kepekatan asid lemak Lesitin yang tinggi membantu untuk:  
• Mengekalkan kelembapan kulit dengan ciri kelembapannya yang bagus.  
• Mewujudkan penghalang pada kulit yang mengunci kelembapan dan melindungi kulit dari udara dan elemen-elemen luar yang lain.

5. Meningkatkan Kesihatan Hati.
Lesitin melindungi kesihatan hati kita melalui beberapa cara : 
• Ia merupakan sejenis lipid khas yang mencegah lemak daripada terkumpul di dalam hati. 
• Lesitin dan kolin mengawal aliran keluar masuk nutrien dan membantu menyingkirkan toksin daripada hati bagi  
mengelakkan sebarang kemudaratan kepada tubuh badan.

No comments:

Post a Comment