Senarai Semak Barang Ibu & Baby yang di Bawa Ke Hospital Untuk Bersalin. - Yana SSurianah Blog

Latest

Tuesday 17 November 2020

Senarai Semak Barang Ibu & Baby yang di Bawa Ke Hospital Untuk Bersalin.

Assalammualaikum ...Hollaa...^_^


Ni semasa di bilik hadapan untuk check bukaan sambil Tunggu result SwabTest Covid-19. Kalau Positif kena bersalin di Hospital besar di Kota Kinabalu, syukur Negatif.. Jadi bersalin hospital sini ja, tak payah jalan jauh lagi.

10/11/2020 lalu...Alhamdulillah aku telah selamat lahirkan baby boy secara normal. Kalau ikut Due pula 20/11/2020, makna nya aku selamat lahirkan baby pada usia kandungan 38Minggu 5Hari.


Sekarang aku dalam hari-hari berpantang, ada masa la sikit menaip dalam blog ni. Sambil rehat di sebalah si baby.


Sebenarnya, barang keperluan ibu & baby yang aku bawa ke hospital pun cukup simple dan sikit la bagi aku. 1 Beg tu ja, isi dia pun lebih kepada keperluan baby. Untuk kita ni memang tak fokus sangat, bukan tak perlu cuma selepas bersalin tu memang tak cukup kudrat nak urus diri. Tambah lagi bersalin kali ni adalah pada musim Covid-19. Tiada penjaga dan keluarga yang di benarkan masuk, melawat dan menjaga di bilik bersalin.  Lagi pun masa dalam hospital kita pakai pakaian hospital ja.


Lepas bersalin nak berjalan pun aku rasa terbungkuk-bungkuk nak jalan, tak da la nak terbungkuk sangat....sikit ja. Sebab nak kawal sakit di bahagian pelvis kita. Tambah lagi lemah satu badan. Bila kita dah beranak ni, akan kita faham situasi ibu lepas bersalin tu ...menahan sakit bukan sehari dua...sabar lah kita ya ibu-ibu. Semoga anak kita sihat dan kita kembali sihat semula dengan cepat.


Aku bersalin di hospital Kerajaan, hospital ni paling dekat tau, nak hospital lain semua jauh-jauh. Dan memang nak target bersalin kat situ juga, sebab apa-apa masalah kecemasan terus ja pegi situ. Lagi pun Hospital kerajaan tu cukup selesa juga bagi aku....bersih dan nampak privasi. 2 kali bersalin di sana, dapat bilik persendirian ja ala-ala bersalin kat swasta ^_^


Ok terpanjang pula cerita ni, ar ni la senarai tingkas barang dan keperluan yang aku bawa pegi hospital. Aku bawa sikit sebab pemerhatian dari bersalin anak pertama. 

Ni saja la kita sempat ambil gambar ^_^...

KEPERLUAN BAYI

• Baju baby - 3 pasang

• Badung - 1 

• Stoking kaki/tangan - 2 set

• Topi/Sarung kepala - 1 helai

• Pampers Newborn - 15pcs

• Tisu basah - 1 pek

• Tuala - 2 helai

• Sabun mandi cair - 1 botol (tak pakai pun, hanya persediaan)


KEPERLUAN IBU

• Baju Tshirt - 2 helai

• kain sarung - 1 helai 

• Tuala - 1 helai

• Pad - 1 pek (Wing/Overnight)

• Skirt - 1 

• Stoking - 2 pcs


Nak bawa biskut semua memang tak bawa pun, sebab aku tau nak bancuh minuman sambil pusingkan sudu pun tak berapa nak mampu sangat^_^. Hospital ada juga sedia minuman panas seperti milo dan susu, jadi kita terus ja minum.


Arr... ni ja lah dalam 1 beg tu yang aku bawa. Memang sengaja bawa sikit macam ni, kalau pun ada keperluan lain aku minta suami bawa ja, sebab suami pun setiap hari akan datang melawat, melawat sekadar di luar hospital^_^.


Lagi pun kat hospital lepas bersalin tak ada la bermalam sehingga 3 atau 4 malam. Kecuali, kalau ibu atau baby ada masalah lain yang memerlukan untuk tinggal lama di hospital. Syukur juga, aku dan baby tak ada masalah, selepas ja baby kencing berak yang cukup dan ibu dalam keadaan sihat, boleh dah pulang.




Ni pula tunggu masa nak pulang dah.

Yang dalam plastik tu pakaian yang tak bersih masa mula-mula datang hospital, beg Shaklee tu tempat aku letak barang makanan yang suami bawa. Coklat, jus Orange dan susu kotak...juga sedikit kuih kacang hitam. Tak sempat makan kuih kacang hitam..selera makan belum cukup ada. Aku lebih kan kepada minum dan minum.. Makan nasi pun makan ja 2 @ 3 sudu macam tu. Buat alas perut dan tenaga....


Ok !! Ni ja la cerita ringkas keperluan yang aku bawa.


Korang pula bawa banyak mana tu untuk ibu & baby?? Kongsi la sini pengalaman dan kenangan tu... ^_^


 

No comments:

Post a Comment