Pengalaman Bersalin Pada Musim Covid-19. - Yana SSurianah Blog

Latest

Wednesday 18 November 2020

Pengalaman Bersalin Pada Musim Covid-19.

Ni semasa di bilik hadapan sebelum masuk bilik bersalin.

Lokasi Hospital bersalin anak ke-2 ni sama juga dengan anak pertama, iaitu bersalin di hospital Kerajaan dan anak pertama dulu pun bersalin situ juga, di hospital yang sama.

Bersalin pada musim penularan Covid-19 ni tak da juga susah sangat prosedur dia, cuma sesiapa pun tak boleh masuk melawat dalam bilik bersalin termasuk la suami. 


Jika kita bersalin secara ceaser, kena jahitan episiotomi atau alami masalah kesihatan atau rasa sakit yang buat kita terpaksa tahan sakit, terpaksa lah kita hadap sendiri. Atau minta bantuan dengan Nurse.


Syukur juga, bilik bersalin di hospital tu ada tandas dan kamar mandi kat bilik tu juga. Bersih dan memudahkan tak perlu berjalan jauh.


Masa mula-mula masuk ke hospital, kita tak boleh masuk terus ke bilik bersalin. Sebelum masuk ke bilik bersalin, kita di tempatkan di bilik hadapan dahulu. Kat sana kita akan kena swabtest Covid-19, sementara tunggu result...Nurse akan datang check bukaan pintu peranakan, masa tu bukaan baru 2cm, bukaan 2cm tapi aku tak rasa sakit lagi. Kalau dulu anak pertama 2cm tu sakit dia memang kaw-kaw sakit. ^_^...tanda bersalin aku kali ni keluar air ketuban, pengalaman baru ni..kalau dulu anak pertama sakit kontraksi pula.


Selain tu, sementara tunggu result swabtest, darah di ambil, cucuk tangan (tak tau pula apa nama prosedur cucuk tangan tu, yang pasti sakit juga)^_^... kemudian, air kencing juga di ambil. Lepas tu, scan baby... seorang doktor wanita Chinese yang check aku, aku dah tengok nama dia tapi aku lupa pula sekarang.


SAKIT KE SWABTEST COVID-19??

Yang ni la tu kena masuk kedua belah hidung kita, apa nama dia ar?? Malas la mau google ^_^

Pasti yang belum merasai tertanya-tanya juga, sakit ke SwabTest tu? Sebab kita nampak viral juga orang yang kena swab tu sampai berubah riak muka dan sehingga keluar air mata. 

Kedua belah hidung kita ni kena masuk test, sakit juga tapi tak sakit sangat dan kejap ja, dia seperti rasa nyeri-nyeri di kepala. Tu yang buat air mata keluar, kamu pernah ka rasa semasa berenang tiba-tiba air masuk ke hidung kita tanpa sengaja? Dia macam ada denyut di kepala kan, lebih kurang gitu la rasa dia. Tapi, yang swab ni sakit dia tak lama kejap ja.


Syukur, dapat result negatif...tak lama dapat result, lebih kurang 2 jam mungkin kena tunggu. Tak sempat aku tengok jam lagi. Hujung-hujung result nak keluar tu mula pula dah kontraksi, bila da mula sakit tu memang keadaan sekeliling kita tak berapa nak peduli dah. Bersabar dalam sakit la jawabnya.^_^

Yang ni selepas dah di pindahkan di bilik bersalin.


Dah ada result tu, baru di pindahlah kita ke bilik bersalin. Nurse cakap, kalau result positif tak boleh bersalin situ, kita kena bersalin di hospital yang tempatkan pesakit covid, tapi di bilik bersalin juga lah. Punya jauh tu sana Kota Kinabalu, 100 lebih Kilometer. 


Apa-apa pun semua dah selesai... kejap ja masa berlalu.


Ibu-ibu yang lain pula bila tarikh due tu? Jangan jalan-jalan pegi mana-mana tau yang di zone kurang selamat, atau macam biasa la patuh ja SOP. Atau duduk rumah lagi selamat. Sebab nanti banyak pula urusan jika ibu positif. 


Ok ni ja lah perkongsian aku kali ni, di masa lain bila aku free aku kongsi cerita lagi. Byeeee !! ^_^

No comments:

Post a Comment