Dengan Beli Pampers Dapat Pula HADIAH dari Drypers Baby Club - Yana SSurianah Blog

Latest

Monday 9 November 2020

Dengan Beli Pampers Dapat Pula HADIAH dari Drypers Baby Club

Asalammualaikum...Hollaaa...

Kalau Ibu-Ibu semua pakaikan anak-anak dengan pampers jenama Drypers, sila la kumpul point dari plastik atau packaging pampers yang Ibu-Ibu Beli tu. Daripada plastik pampers tu terbuang begitu saja, bagus cari kod kat dalam plastik tu. Kumpul-kumpul point tanpa sedar dapat hadiah. ^_^ berbaloi nya menjadi pelanggan Drypers.

Macamana nak mula tu? Senang sangat sis, ^_^


1. STEP 1

Jadilah Sebagai ahli Drypers Baby Club.  Daftar ja kat sini https://bit.ly/3eH4PdB, PENDAFTARAN PERCUMA.


2. STEP 2

Scroll handphone korang ke bawah sikit, kemudian akan jumpa la bahagian ni. Isi dan lengkap kan tau.



3. STEP 3
Selepas dah isi STEP 2, pegi ke E-mail yang ibu-ibu sekalian daftarkan tadi dan klik pula “Daftar Sekarang” seperti yang di tunjukkan pada gambar di bawah. 


Ok!! Tengok gambar kat bawah ni, lepas ibu klik “Daftar Sekarang”, pilih la mana-mana keahlian yang ibu inginkan...Samaada nak pilih jadi AHLI VIP atau AHLI AMAZING. Klik ja terus daftar dan lengkap serta isikan maklumat yang di kehendaki. Jangan lupa juga, dah selesai daftar tengok semula e-mail untuk pengesahan.

Yeeeeeaaahhh !! Dah selesai, ibu Dah jadi ahli Drypers Baby Club.

Bila kita dah jadi ahli Drypers Baby Club ni,  ibu akan dapat manfaat seperti :

 • SAMPEL produk PERCUMA

 • KUMPUL mata ganjaran

 • TEBUS hadiah menarik

 • PETUA keibubapaan dan banyak lagi..


Okey!! 


Apabila ibu-ibu kumpul point, Hadiah yang ditawarkan adalah seperti Pampers, barangan mandian anak, barangan mainan, voucher dan banyak lagi. Boleh tengok sini untuk senarai hadiah yang terkini > https://bit.ly/38otsdT 


Hadiah yang dipaparkan tu mungkin berbeza dari produk asal dari segi saiz,warna ataupun maklumat rekaan.


Dan juga, Sekiranya hadiah tebusan pilihan ahli kehabisan stok, Drypers Baby Club  berhak sepenuhnya untuk gantikan barangan tersebut dengan barangan lain yang sama nilai mata ganjarannya.


CARA DAPATKAN POINT ATAU MATA GANJARAN.

Ibu boleh mengumpul lebih banyak point melalui beberapa cara:

1. Dengan membeli pek lampin Drypers terpilih dan cari kod Unik* (lihat di bawah untuk pek lampin Drypers yang menyertai) 

2. Dengan menjawab soal selidik yang dihantar menerusi e-mel Drypers Baby Club. 

3. Dengan mengambil bahagian di dalam promosi yang sedang diadakan oleh Drypers Baby Club.


CARA AMBIL POINT DARI KOD UNIK PAMPERS

Yang ni sangat mudah la, tengok ja mana-mana plastik Pampers yang anak ibu pakai tu, kod tu kat dalam plastik bukan di luar plastik. Ingat tau kod Unik hanya untuk Pek Pampers yang terpilih saja tau, tengok kat bawah ni.


Di dalam pek Drypers TouchDrypers Wee Wee DryDrypers Drynights dan Drypers Classic ibu akan jumpa di bahagian yang membelangkangi penunjuk Berat/Saiz pada bungkusan pek plastik Pampers.


Di dalam pek Drypers Drypantz, ibu akan tamui juga di bahagian yang membelangkangi penunjuk Berat/Saiz yang bersebelahan dengan kod bar.


Bagi pek Skinature by Drypers, ibu dapat melihat kod unik di bahagian atas pek.


CARA MEMASUKKAN KOD UNIK?

Dah jumpa kod, Ikut pula tatcara di bawah untuk cara masukkan kod. Sebelum tu, pasti ibu log in dulu tau ke akaun Drypers Baby Club yang ibu daftarkan tadi. Dah log in, baru lah ikut cara di bawah ni, jangan risau senang ja ni.






Arrr!! Macam tu ja step dia, mudah sangat kan? Sebulan dah berapa Point ibu boleh kumpul, mungkin sorang anak ada 2@3 beg Pampers kan. Banyak nya kod tu. Tiap bulan kumpul. Akhir nya dapat pula pulangan hadiah dari Pampers ..Best nya... siapa nak bagi free kan. ^_^


Ehhh !! Jap ..baca lagi sini pasal Point atau mata ganjaran yang kita kumpul tu.


 1. Ibu boleh mengumpul point selagi ibu masih seorang ahli Drypers Baby Club. Keahlian ibh di dalam Drypers Baby Club tamat bila anak anda berusia lima tahun.


 2. Point hendaklah digunakan di Point Shop sebelum tarikh luput mata ganjaran tersebut serta selagi anda masih seorang ahli di dalam Drypers Baby Club.


 3. Hadiah dihantar setiap minggu dan boleh sampai kepada ibu dalam masa 4 hingga 6 minggu daripada tarikh pesanan.


 4. Point diperuntukkan untuk pek lampin Drypers terpilih sahaja. Sila lihat senarai di atas. Tiada mata ganjaran diperuntukkan untuk produk Drypers Baby Care.


 5. Ibu boleh kumpul seberapa banyak point yang ibu mahu selagi ibu menjadi ahli Drypers Baby Club dan mendaftar kod yang terdapat pada pek Drypers yang telah anda beli untuk kegunaan sendiri.


Ok tu ja..


Kalau ada Ibu-ibu kurang faham, tinggal kan ja pertanyaan kat ruangan comment, nanti aku reply ^_^...


Ok jumpa lagi!! Bye


No comments:

Post a Comment