Cara Top Up dan Guna ShopeePay. - Yana SSurianah Blog

Latest

Thursday 4 February 2021

Cara Top Up dan Guna ShopeePay.


 Assalammualaikum....Hollaaa...

Aku tak suka guna ShopeePay ni dulu, sebab nak kena Top Up lagi sejumlah duit kat ShopeePay. Apa tu ShopeePay.?? Bagi aku selagi Kita tak guna, selagi tu la kita tak faham dan tak tau kebaikan dia. Aku terjebak dengan ShopeePay ni sebab nak dapatkan free shipping voucher semata ^_^.. banyak free shipping voucher tapi Kita boleh guna voucher tu bila kita buat bayaran dengan cara guna ShopeePay. Korang rasa menyusahkan ke atau tidak, padahal shopee nak mudahkan urusan kita wei!!! Kita ja tak perasaan.

Selepas dah guna baru la tau kebaikan dia pada kita semasa membeli. Kebaikan yang aku dapat adalah aku lebih mudah membayar berbanding guna internet banking. Dengan klik beberapa kali saja dah selesai bayar. 

Kalau kita bayar guna internet banking semasa nak buat bayaran risau lagi stuck sebab line internet yang tak daras atau laju. ^_^..Cara guna ShopeePay ni sangat mudah. Pertama saya akan tunjuk cara TOP UP ShopeePay, kenapa nak kena top Up? Untuk tujuan bayaran barang yang kita nak beli kan, ShopeePay kena ada isi duit.

CARA TOP UP SHOPEEPAY.


1. Pegi “ME” dan klik “ShopeePay”.

2. Klik “Top Up”.
3. Bahagian RM tu isi lah berapa banyak wang yang korang nak guna buat bayaran. Kalau aku masa nak bayar aku akan genapkan jumlah harga barang, tak Masuk kos Pos lagi tu sebab kos Pos tu aku guna voucher free shipping. Tiada kos pos.

Lepas tu bahagian “Payment” pula aku Tranfer duit dari Maybank2u, korang tranfer duit dari akaun bank yang ada duit tau. 

Kebetulan Maybank aku ada isi masa tu , maka tranfer ja dari Maybank.

Tranfer ja sperti biasa , tak susah ...sama ja cara Kita tranfer selalu tu.


Nahhh!!! Dah berjaya guysss!!

Korang tengok pula baki kat sini, berjaya guysss. Kat bawah jumlah duit tu pula ada Transactions Top up dan payment yang kita buat. Berjaya atau tak akan di bagitau kat situ. Jangan risau Lahhh!! ^_^

Ok !!dan selesai cara Top up, Kita study pula cara Guna Shopee Pay.

CARA GUNA SHOPEEPAY
Cara top up kat atas tu senang kan, Cara guna ShopeePay lagi senang ^_^.
Tengok gambar kat atas ni :
Bahagian Shopee Voucher tu, korang pilih free shipping voucher dan lepas tu Payment Option pilih ShopeePay.

Then, klik “place order“ seperti biasa. Tapi, sebelum nak bayar selepas klik place order tu shopee akan Minta code , tujuan code tu untuk Pengesahan bayaran saja. Supaya ada safety juga kat situ. Jadi apa-apa Code Kat shopee korang guna tu sebaiknya kena la sama . Atau terpulang la juga pada korang...yang penting korang tak lupa.

Ok itu saja perkongsian aku kali ni, next time aku kongsi pula  Info lain ya.

Happy shopping korang!! ^_^

Bye!!

No comments:

Post a Comment