Pengalaman Shopping di Shopee (Telekung) - Yana SSurianah Blog

Latest

Tuesday 17 December 2019

Pengalaman Shopping di Shopee (Telekung)


Gambar Hiasan by Fiesya scarves

Assalammualaikum.......Hollaaa !!


Telekung ni aku dah beli beberapa Bulan lalu, dan baru terasa rajin untuk kongsi pasal telekung ni. Nak kongsi pada rakan-rakan pembaca, manalatau sedang tercari-cari telekung yang kain dia tidak jarang,tidak mudah kusut, lepas tu ada banyak warna pilihan dan mampu milik. Nda sempat gambar bungkusan, ambil gambar contoh ja^_^

Nah !! Telekung ni sesuai dengan ciri-ciri yang aku nyatakan. Material kain telekung adalah kain jersey, tak tebal sangat dan tidak juga nipis jarang. Ada banyak warna pilihan.....lepas tu bahagian muka dia pun tak perlu susah-susah nak bentuk. Bila pakai melekap ja pada muka.

Harga pula RM14.00, InsyaAllah mampu milik. Beli sepasang telekung dah free Kos pos laju. Tu la salah satu sebab aku suka membeli di Shopee ni, Kos pos dan barang pun baik-baik ja kita dapat. InsyaAllah.

Tapi kan tidak semua kedai sedia kan kos pos percuma dengan pembelian RM12 ke atas. Hanya kedai-kedai yang join program free shipping pembelian RM12 ke atas tu saja yang akan beri kita free shipping. Jadi, pandai-pandai lah kita cari kedai yang beri free shipping RM12 tu.

Dari kita ja nak buat pilihan yang mana.

Sebelum membeli di Shopee aku akan log in dulu Application Shopback sebab dapat duit atau cashback !!.. macamana cara nak buat tu boleh tengok sini >> Cara dapat Cashback dari Shopee.

Sisi telekung

Telekung ni kamu boleh jadi kan hadiah untuk keluarga, isteri, rakan-rakan dan wakafkan di masjid atau surau pun boleh. Mengalir pahala bila ada saudara-saudara kita menmanafaat kan telekung-telakung tu, InsyaAllah.

Kedai tempat aku beli telekung ni menggunakan perkhidmatan pos laju untuk penghantaran. Jadi, InsyaAllah barang sampai ke tempat kita dengan tempoh Yang di tetapkan.

Semoga kita di kalangan orang-orang yang sabar, berfikir positif dan bertimbang rasa dengan situasi penghantaran pihak pos laju. dan perkhidmatan penghantaran yang lain.


Arr!! Macam ni la rupanya telekung ni bila kita pakai, ada lace lagi di bahagian muka ni. Ada tali untuk kita boleh kita ikat di belakang kepala.

Jadi!! Nak beli ke? Atau nak hadiah kan kepada sesorang? Ni la kedai nya, tengok review dia....dah beribu yang beli. Boleh tengok review dia untk apa kata pembeli.


Okey !! Ni saja perkongsian aku hari ni...
Kalau nak beli telekung macam ni, boleh beli di kedai ni Shawl fashion

Jumpa lagi di lain post.

Bye! Jangan lupa Follow ^_^

No comments:

Post a Comment