Pengalaman Shopping di Shopee (My Baju Raya) - Yana SSurianah Blog

Latest

Wednesday 8 May 2019

Pengalaman Shopping di Shopee (My Baju Raya)


Puasa pun belum, sudah beli baju raya. Kenapakah?? ^_^.

Belajar dari kesilapan lalu, dekat-dekat raya baru mau sibuk memilih dan membeli. Akhir nya baju yang kita berkenan tu tiada saiz dan lambat sampai sebab musim perayaan Pejabat Pos memang sibuk.

Sejak mama berhenti menjahit. Baju raya dan baju kerja semua beli online. Sebab lebih mudah cari design, corak dan warna. Dan yang paling penting harga juga mampu milik.
Untuk tahun ni, hanya baju raya dengan baju kurung Cotton, lebih selesa dan boleh pakai pegi kerja nanti. Tahun lalu baju ada ruffle di lengan, sampai sekarang jarang pakai. nda kan mau pegi kerja dengan baju macam tu. Memang boleh pakai juga, tapi Kita lebih selesa yang biasa-biasa saja,.

Dan yang paling penting, baju kurung tidak ketinggalan zaman. ^_^

Sepasang baju ni RM50, kain Cotton ni memang selesa pakai walaupun kena setarika dulu. Bagi aku corak dia lawa, kain lembut dan tentu nya tidak panas.

Tak kira lah berapa harga baju yang kita beli, yang penting kita selesa dan suka.

KEDAI BAJU KURUNG


Kalau kamu mau beli baju kurung cotton, nda kisah lah samada untuk raya, kerja, atau kenduri dan kain-lain. Boleh lah Search Adeliena Cotton Collection.

Rate aku bagi.
•Dia respon bila kita tanya.
•Dia pos barang cepat, malam beli besok dia sudah Pos.
•Seller yang mesra.

Kalau ada apa-apa nak tanya, chat ja seller tu. ^_^

Jika kita mau tau barang kita sudah di Pos atau belum, boleh semak di bahagian Shipping Information (tengok gambar di atas). Kalau barang kita tu sudah berpindah-pindah lokasi, tu makna nya barang sudah jalan. Jangan risau.

Kalau barang sudah sampai ke tangan kita , klik Order Received (tengok gambar di atas). Sebab ...
  • kamu akan dapat coin percuma.
  • Jumlah coin mengikut harga barang yang kita  beli. 

Kalau kamu mau tambah coin lagi, buat rate... maksudnya buat rate untuk barang yang beli sahaja.

Macamana cara buat rate?? Tengok cara di bawah.
Klik Rate

Tulis lah beberapa perkataan mengenai barang yang di terima tu okey atau tidak.
Atau apa-apa komen pun boleh. Kemudian, klik Collect Now !! siap..


Suami pula kalau mau hadiah kan untuk isteri, beli la juga di sini. Kalau tak pasti baju isteri saiz apa, ambil pengukur baju dan ukur baju kurung terkini yang dia pakai. Confirm saiz dia ngam tanpa ragu-ragu. ^_^

Sekali sekala belanja untuk isteri tersayang !!^_^

Okeyyy!!

Tu ja lah perkongsian pengalaman untuk edisi ini^_^ !! Jumpa lagi perkongsian akan datang.

Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

No comments:

Post a Comment