Pengalaman Buat Kaca Mata Rabun Jauh dan Silau. - Yana SSurianah Blog

Latest

Thursday 23 May 2019

Pengalaman Buat Kaca Mata Rabun Jauh dan Silau.


Dari kau boleh melihat alam dengan jelas dan yang terkini mata sudah rabun jauh dan Silau, kau rasa susah ke atau senang? Bagi aku ada kebaikan dan keburukannya.

RABUN JAUH
•Rabun jauh aku masa drive langsung tidak boleh melihat jelas no.flat kenderaan yang ada di depan semasa memandu.
•Jarak 2 atau 3 dapa orang dewasa pula,tidak nampak muka orang dengan jelas, tu yang kadang buat tak tau. Tidak cam sangat.

SILAU
•Kalau drive waktu malam, mata memang sakit memang tak jelas, kalau memandu siang pula bila kena matahari...mula lah bekerut dahi untuk lawan Silau. Nda lama bekedut la dahi ku^_^

Pasti kita-kita yang rabun ni, ada sebab-sebab tertentu kenapa terpaksa juga buat kaca mata walaupun hakikat nya tak mau pakai kaca mata, sebab mau melihat alam dengan lebih luas lagi, konon!! ^_^

Ada sebab lain yang penting harus Kita utama kan apabila rabun juah.

Pertama, bila ada anak ni akan memudahkan kita memantau anak di mana saja, terutama apabila keluar rumah. Contohnya ke Mall dan taman permainan.

•Kedua, memudahkan perjalanan semasa memandu. Tempat kerja aku kawasan kampung, kadang ada ja binatang lepak-lepak di tengah atau di sisi jalan. Contohnya koyok(anjing), ambok (monyet), ayam dan kucing. Pakai kaca mata bukan saja elakkan nyawa binatang melayang. Malah boleh Save duit kita dari melayang untuk tukar bumper baru atau apa-apa kerosakan kenderaan Kita.

Eeeee...Di jauh-jauhkan lah kejadian macam tu.
Aku pilih dua design bingkai yang berbeza, boleh tukar-tukar !! ^_^
design ni aku rasa tak ketinggalan zaman.

Yang ni aku pilih sebab untuk elak permukaan tudung jadi lebar dan menyebabkan
tudung kita berubah bentuk. Maksud nya sisi tudung kita tu ada bentuk tepi...faham-faham la ^_^

Jadi, kalau kamu Kita rasa rabun tu teruk. Lebih baik la buat kaca mata cepat, buat la di mana-mana kedai kaca mata yang berdaftar.

Harga kaca mata aku ni RM200++. Boleh dah melihat jarak jauh dengan jelas. Dan sekarang sesi membiasakan diri dengan mata baru di mana-mana saja.


1 comment:

  1. Saya pakai cermin mata sejak tingkatan 5.. masa tu sedih sangat sebab dah rabun hihi.. Alhamdulillah, power kanta terkawal je sampai sekarang, ada juga la naik sikit

    ReplyDelete