Pengalaman Shopping di Shopee (Focallure Make-Up). - Yana SSurianah Blog

Latest

Friday 26 April 2019

Pengalaman Shopping di Shopee (Focallure Make-Up).


Hari tu Shopee ada iklankan promosi produk jenama Focallure. Kiranya tu la pertama kali kenal brand ni. Rasa tertarik pun ada, jadi aku tengoklah di Youtube dan review di beberapa blog. Mau tau juga, okey ka tidak dan ingin mengenali dengan lebih rapat brand Focallure ni.. ^_^

Jom tengok di youtube, Lily Ibrahim tunjuk tutorial make-up dengan Focallure..

 

Kalau kamu merancang mau cuba brand Focallure ni boleh la tengok Lily buat tutorial ...



Lepas tu tanya lagi dengan kawan aku Norsah atau Nor, dia kenal ka brand ni? ..wahh-wahh rupanya Nor sudah duluan beli dan guna, maksudnya aku sudah ketinggalan ni^_^. 

Maka, akhirnya sampai jua lah bungkusan ni.  ABX hantar terus ke office, Terima kasih ABX...

Dibungkus dengan bubble wrap, supaya barang nda lah pecah atau rosak. 

Tengok ni, bungkusan penuh...!! barang dalam keadaan baik semuanya.

Ke tempat kerja pun pakai foudation, blusher sikit dan lipcolor Balm ja. Ada juga pakai eyeliner, tapi kadang-kadang, sebab untuk memperfectkan di mata tu ambil masa 15 minit begitu..terlalu lama la rasanya menyibukkan diri buat eyeliner macam tu. Kalau eyeliner cincai-cincai, tidak seragam dan line dia tak lurus, rasanya bagus lagi tidak perlu pakai apa-apa. 
Ni di antara Focallure Make-Up yang aku beli, cuma beberapa dan yang basic saja. Kita minat juga make-up ni, tapi nda la pakar mana nak menggunakannya. Jadi, mana yang perlu dan tau saja aku beli.
  • Foundation 02
  • Mascara
  • Concealer
  • Eyeliner
  • Eyeshadow
  • Waterproof Matte Lipstick
Alhamdulillah !! brand ni ok juga bah, yang selalu aku guna setakat ni foundation dia dan Waterproof Mate Lipstick 08. 

EYELINER
Eyeliner dia pun okey, tidak terlalu pekat dan mudah di tanggalkan dengan air biasa.

MATTE LIPSTICK 


Tapi aku silap pilih Mate Lipstick ^_^. Warna dia terang berderang, dan ada yang lain sama dengan warna kulit, bila pakai nampak pucat. Liptick 08 tu rasanya aku suka sebab warna pink pastel. 

MASCARA
Mascara dia pun okey, halus di bulu mata. Tidak berketul-ketul.

EYESHADOW 


Ni eyeshadow, aku suka juga sebab warna dia yang menarik, bila pakai tak tanggal walaupun berpeluh.

Belum guna semua lagi eyeshadow ni, apa-apa pun semua warna menarik hati.

Focallure bukan jual eyeshadow ni saja, banyak pilihan lagi. Semua warna-warna yang menarik.

CONCEALER
Firstime juga memilih dan beli concealer ni, tu yang tersalah pilih..terpilih yang cerah banding kulit la pula. Bila pakai ja nampak concealer tu pula yang menyerlah.

Kamu minat dengan Focallure Make-up ni ke? 
nahh !! dapat kan di Shopee, search saja FACALLURE Official Shop.


Lebih jimat dan dan selalu ada promosi.

oKey ...bye !

Happy Shopping !!

2 comments:

  1. maaf nak bertanya , focallcure pakai apa utk pos barang kita ? And lama tak barang akak sampai ke tangan . sebab saya first time beli dkt online .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pos guna ABX, dan kalau kat tempat saya yang jauh dari bandar ni, lebih kurang 2 Minggu juga sampai. ^_^

      Delete