Cara Membeli di Shopee Yang Senang, Jimat dan Menguntungkan. - Yana SSurianah Blog

Latest

Wednesday 24 April 2019

Cara Membeli di Shopee Yang Senang, Jimat dan Menguntungkan.

Kredit photo walmart


yang ni video penuh cara membeli di Shopee, 
sehingga lah barang sampai dan Unboxing sekali. Mungkin ada perbezaan sedikit cara membeli, sebab pembayaran terbaru menggunakan Shopee Pay.


Jangan risau, membeli di Shopee sangat mudah dan senang !!
Sudah beli menguntungkan pula ?? Ai? macamana tu?? !! ^_^

PERTAMA
Cari dan Pilih barang yang kamu mau beli. Sudah jumpa? Klik gambar.
KEDUA
Klik Add to Cart,

KETIGA
Pergi semula ke HOME (sebelah kiri paling bawah). kemudian,Klik logo troli di sebelah atas kanan.


KEEMPAT


A. Pastikan alamat penghantaran yang betul.
B. Contohnya kamu mau beli mascara. Pasti kan warna Yang kamu pilih adalah betul, Check di bahagian ini. Kalau kamu mau beli kasut, semak juga di sini untuk semak saiz dan warna. Sama juga la untuk barangan lain Yang kamu beli, semak di variation sahaja.

Kalau variation tak betul, buat Add to Cart baru dengan Variation yang betul dan buang atau remove barangan yang lama.

C. Berapa banyak barangan kamu mau beli, semak di sini. Kalau jumlah barang di beli kurang Klik button + dan kalau terlebih Klik button - atau taip nombor pun boleh.

KELIMA

Pilih cara bayaran kamu mau buat. Samaada mau
•Debit/Credit card
•Shopee Wallet pun boleh dan lagi cepat buat pmbyaran, tapi kena isi la wallet tu dulu.
A. Online banking pun cepat juga dan mudah. Atau
•ATM/Cash Deposit

Mana-mana korang rasa senang dan selesa. Yang penting boleh buat pembayaran...

selepas sudah buat bayaran, kamu akan dapat Notification dari Shopee yang kamu telah pun buat pembayaran.

Samaada amu sudah buat bayaran atau belum akan Shopee beritahu juga. Siok kan Jual beli di Shopee, tak ada nya nak menipu kita.

B. Kemudian, klik CONFIRM untuk proses seterusnya.

KEENAM
Bila pembayaran sudah selesai, Seller pula yang akan proses penghantaran.

A. Shipping Information
Yang tu tracking nombor, dalam Shopee pun akan di beritahu lokasi barang kita dari masa ke semasa. Kita kena ambil tau juga barang Tu Pos guna apa, pos laju, Gdex, ABX atau lain-lain.

Supaya Kita boleh tau proses penghantaran nya berapa lama dan bagaimana, Kalau pos laju memang cepat la. Paling lewat 4 hari kalau ke lokasi aku, tapi jarang-jarang. Dan barang kita ambil sendiri di pejabat pos.

GDEX dan ABX memang lambat sikit , dalam seminggu atau 2 minggu begitu, bergantung pada lokasi kita. Yang best nya Gdex dan ABX akan hantar barang terus ke office atau rumah kita walaupun Kita di kawasan kampung atau luar bandar.

Apa-apa pun kita sebagai buyer sebelum mau beli barang boleh semak berapa lama barang kita akan sampai. Selalu Seller akan nyatakan tempoh, jadi kamu tak la tertunggu-tunggu nanti.

B. Kalau barang kamu sudah sampai, klik ORDER RECEIVED. Nanti kamu akan dapat COIN PERCUMA seperti gambar di bawah ni, 53 coin tu sama dengan Rm0.53 sen. Ni yang menguntungkan tu, kira ok la dari tak ada langsung..kannn ^_^

Coin ni kita boleh gunakan untuk dapat lebih diskaun semasa pembelian kita yang akan datang. Kamu akan dapat jika klik ORDER RECEIVED sahajaKalau tidak klik, kamu tak akan dapat coin.

Nahh !! Jimat juga la duit kita kan...


Kalau kamu mau Tambah COIN PERCUMA lagi, buat RATE. Klik saja button rate tu, akan muncul lah ruangan di bawah ni pula. Untuk rate kamu akan dapat percuma 5 coin.

Contohnya kamu boleh buat rate macam ni, 
  • Barang sampai dalam keadaan baik.
  • Barang sampai cepat.
  • Seller reply apabila kita chat atau tanya.
  • Barang yang di terima sama dengan gambar yang di paparkan
Ni semua contoh, kalau aku lebih suka buat dalam point macam ni dan selitkan 6 keping gambar jika rajin. ^_^

Update semasa (25.03.2021) - Shopee dah update sistem, kalau nak dapat coin dari rate, buat video barang kita terima, beberapa saat ja. Senang ja Jangan risau ^_^.

Okey tu saja lah kisah nya, ada nak tanya ke? Comment saja kat ruangan comment di bawah ya.

Sekian...Terima Kasih...

Patik undur diri ^_^....


40 comments:

  1. As Salam..nak tanya,,coin nie automatic ka msuk?? Sbb sya dah beli bnyk brg shopee..n nmpk review bila beli brg ada letak coin..cth brg sya beli rm33 n dpt 33coin..tp coin shopee sya x bertambh..patut dpt dlm 200 lbh coin sbb sya byk beli brg..tp brg sume dah smpai tp coin sya x bertambh..Review pun dah tp still x bertambh..msh 40coin..sya toupup coin pun yg everyday topup..tu sya heran..minta penjelasan.. thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam..^_^

      Boleh saya tau sis? Bila barang sampai sis terus tekan Order Received tak?

      Nanti coin memang akan terus masuk ke akaun..

      Delete
  2. Assalamualaikum... Boleh saya tau mcm mana nak beli brg yang sama tp warna lain. Contohnya benang kait. Perlu add to cart ke setiap kali nak warna yg lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam sis, iyaa betul.

      kalau benang yang sama, tapi warna yang berbeza kena add to cart semula mengikut warna pilihan sis.

      Jangan lupa sis, sebelum bayar check jumlah barang yang sis beli, manatau ada barang yang terlebih atau terkurang.

      Delete
  3. Boleh saya tahu cara refund. Sedangkan saya sudah sahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seller Sudah respond refund awak ke?^_^..kalau masih belum okey , hubungi terus Help Centre Shopee 😃

      Delete
  4. Kena tunggu sajakah barang yang kita beli tu
    Contoh dia naik dekat situ your parcel is ready to ship from the seller

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di ruangan shipping information kan? Tracking Number sudah ada kat situ ke?
      Kalau sudah ada tracking number, maknanya barang sedia untuk di pos dan akan di pos.

      Kita hanya tunggu saja lagi, nanti akan di beritahu lokasi barang di tempat seterusnya dari masa ke semasa.^_^

      Delete
  5. Kalau nk beli kasut tpi nk saiz yg berbeza kena buat satu satu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa . Betul sis..

      Kalau kasut yang sama dan saiz yang sama, Hanya tambah jumlah saja.^_^

      Delete
  6. Anuu siss, kalau contoh rumah kita nihh teda nombor, rumah kg jaa, smpai kaa jg tuu barang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai bah sis, aku pun tinggal kampung juga.... yang penting sis bagitau nama kampung ko ar. Dengan daerah dan poskod sekali dan negeri......nama juga jangan lupa dengan no. handphone. confirm sampai.. ^_^

      Delete
    2. Ouhh bhh2 thankyou siss <3

      Delete
  7. Siss kalau rumah kg jaa, rumahh teda nombor boleh order kaa ahh?

    ReplyDelete
  8. Maksudnya beli 3 barang kedai yang sama 1 parcel la kan? Patut la saya beli 2 barang 1 parcel je dapat.so solusinya kena tambah add cart baru dapat 3 barang dlm 1 bungkusan sekali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa betul tu, beli barang yang sama dalam 1 kedai akan dapat 1 parcel ja. Melainkan seller ada buat makluman lain2 parcel ^_^

      Delete
  9. Bagaimana nak beli barang tapi bayar ketika waktu terima? Boleh ke bayar ketika waktu terima

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni saya tak pasti pula Sis, sebab Kalau sistem Edagang ni dia bayar dulu baru barang di proses untuk penghantaran.

      Delete
  10. Sis mcm mna maw isi wallet tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai sis, untuk isi wallet saya kurang kurang pasti sebab tak ada pengalaman lagi.

      Wallet saya terisi bila saya refund barang dari Seller dan terima jualan dari Shopee saja.

      Delete
  11. Assalam admin kalau barang belum sampai kita dah tekan onder received boleh ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ja sis ^_^

      Tapi, rasa nya kalau dah klik ORDER RECEIVED duit pembelian dah masuk ke akaun Seller & Barang belum sis terima pula.

      Delete
  12. Boleh ke beli barang daripada kedai yang berbeza dalam satu pembayaran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa..Boleh, saya pernah buat belian macam ni. Tapi kos Pos dia akan berbeza..

      Delete
  13. Saya mau tanya, bokeh tak kita bayar jumlah lebih kat harga barang di shope, cntoh harga barang 41.71 sen tpi sistem bank in transfer rm42, bayar guna bsn ke akaun maybank..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak ada pengalaman untuk situasi ni, tapi rasanya tak boleh bayar jumlah lebih. Sebab , semasa kita buat bayaran tu ...pembyaran mengikut jumlah yang di tetapkan.

      Bayar guna BSN pun boleh, bayar dgn Maybank pun boleh...

      Delete
  14. mcm mane nak buat bayaran ye sbb sy 1st time guna shopee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bayar secara online guna internet Banking,sebab tak perlu ke ATM dan boleh bayar bila-bila masa Di mana saja

      ^_^

      Delete
  15. Aslmkum, jika bayaran melalui bank bsn macam mana stepnya? Adakah saya kena ke bsn dulu untuk isi apa2 borang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam ^_^

      Jika tuan ada Internet banking, bayar secara online saja. Dan bayar seperti biasa mengikut prosedur Shopee.

      Delete
  16. Sis..maacam mna nak beli dua barang tapi lain jenis dekat kedai yg sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai..hai juga sis ^_^...

      Sis add to cart barang-barang tu semua seperti biasa dan bayar macam biasa juga. Nanti masa nak bayar tu sekali bayar ja semua.

      Delete
  17. Nak dapatkan resit pembelian macamana ye..

    ReplyDelete
  18. Hai sis.. Nk tnya klau kita beli tiga brg dri kedai berbeza, sekali byr, parcel pun akn smpai berbeza jgk ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai sis....rasa nya bergantung pada proses penghantaran juga ni sis. Contohnya 1 barang tu sis beli dari oversea dan barang yang lain pula beli dari dalam Malaysia . Ni contoh je..

      Boleh jadi juga sampai dalam masa yang sama .. sis boleh check keberadaan barang dalam sistem atau tracking nombor ^_^

      Delete
  19. assalamaualaikum kak , sabah boleh tak order barang dri indonesia ? sbb saya asal dri kota marudu tpi tak blh order yg dri indonesia , akak blh jelaskan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam sis..^_^..
      Tak boleh macamana ya? Apa status sis kenabagitau tu?

      Kadang saya pun ada order barang dari semnanjung tapi tidak dapat pula kita dari Sabah beli , sebab barang tu besar, tapi tidak semua kedai begitu. Sesetengah saja.

      Delete