[Shopback Tutorial] Cara Pindahkan Wang Cashback Shopback ke Akaun Bank. - Yana SSurianah Blog

Latest

Thursday 28 October 2021

[Shopback Tutorial] Cara Pindahkan Wang Cashback Shopback ke Akaun Bank.


Assalamualaikum...Hollaaa

Hai...korang!!!...dah berapa banyak Cashback confirmed korang yang dah terkumpul tu? Cashback yang berstatus Confirmed ye....bukan berstatus pending.

Cashback yang dah berstatus Confirmed tu korang dah boleh pindahkan ke akaun bank pada bila-bila masa, yang penting jumlah tu kena lah RM10 ke atas, RM10 tu kena lah jumlah untuk Cashback semasa buat pembelian, contoh nya beli kat Shopee, Lazada, beli ticket flight, booking hotel penginapan, beli kat lamanweb Watson atau mana-mana kedai yang terpilih kat shopback.

So, hari ni aku akan kongsikan cara dan bagaimana nak pindahkan Cashback Kita ke akaun bank. Sangat mudah, jangan takut jangan risau!! Pastikan nombor telefon dan akaun bank korang tu adalah atas nama korang dan aktif pada masa korang nak pindahkan Cashback tu.  

Untuk pindahkan 2k cashback tu aku ambil masa 7 hari, sebab RM300 adalah jumlah tertinggi kita boleh pindahkan dalam sehari.4 hari pertama tu masuk RM1200 sekali gus, jumlah selebihnya dah masuk pada hari berikut nya.

Ok !! Jom tengok cara pindahkan ke akaun bank. Mudah Saja ok!!

1. Log in akaun shopback, klik ACCOUNT


2. Klik Withdraw Cashback. RM2053.09 tu adalah jumlah cashback confirmed.

3. Berapa jumlah cashback korang nak pindahkan?? Taip di sini. Lepas tu klik ja terus Withdraw.

4. Lepas tu shopback akan hantar verification code ke nombor tel. yang kita daftarkan dalam data shopback, kita taip ja code pada setiap kotak tu dan klik next. Tu sebab kenapa kita kena letak no. tel kita yang terkini. 

5. Lepas tu, please wait kejap ...permohonan pindahan cashback sedang dalam prosesKlik view whitdrawal history untuk status perpindahan gaji.

arrr!!..macam tu ja cara dia. Dah selesai, tapi jangan lupa tau..tunggu ke 3 atau 5 hari bekerja baru duit masuk akaun kita. Mesti tak sabar nak masuk akaun kan, sabar ya...^_^

Kita juga akan terima email macam ni, makluman daripada shopback yang kita dah submit perpindahan ke akaun bank dan akan di proses.

Sekian , ringkasan cara perpindahan yang mudah dari saya. ^_^..nanti aku akan kongsi pula bagaimana cara aku dapatkan cashback sehingga RM2K. 

Ok !! bagi korang yang baru lagi pasal shopback ni boleh tengok tutorial kat bawah ya....

SHOPBACK TUTORIAL 

No comments:

Post a Comment