[Shopee Tutorial] Cara Menjual di Shopee Menggunakan Smartphone 2021. - Yana SSurianah Blog

Latest

Thursday 25 February 2021

[Shopee Tutorial] Cara Menjual di Shopee Menggunakan Smartphone 2021.


 Assalammmualaikum...Hollaaa..

Ok !! Hari ni aku kongsi bagaimana cara menjual di Shopee, maksud dia lebih kepada cara keyin dan submit barang yang kita mau jual tu. Tanpa bercakap banyak , jom !! Korang tengok step by step di bawah.^_^


Pegi “ME”

Pegi “My Shop”


Dan “Add New Product”

Step by step mengikut nombor pada gambar A dan Gambar B di bawah ya.

GAMBAR A


GAMBAR B

1. PHOTO
Upload gambar barang yang korang jual. Upload video pun boleh.

2. PRODUCT NAME
Nama barang yang korang jual.

3. PRODUCT DESCRIPTION
Maklumat tentang produk, atau apa-apa info lain pun boleh letak sini. Boleh letak hastag sekali.

4. CATEGORY


Barang korang jual tu kategori barangan apa? Contoh aku jual kasut, jadi aku letak kategori women shoes. Bukan Home & Living, bukan baby & Toys dan lain-lain.

 Pilih kategori yang betul mengikut barang kita jual. Supaya bila Costumer cari barang tu di shopee, Costumer akan masuk pada kategori tu. 

Kalau aku jual kasut wanita, tapi letak kategori Baby & Toys macamana Costumer nak cari barang kita? Tu sebab kita kena cari kategori yang betul.


Gambar sebelum isi maklumat material barang.

Gambar selepas isi maklumat material barang.

Isi dan lengkapkan semua maklumat barang, ini adalah maklumat tentang kasut wanita, setiap produk tak sama maklumat yang diperlukan. 

5.PRICE
Letak harga barang korang jual.

6. STOCK 
Berapa banyak stok barang yang korang jual tu?? Ok letak sini jumlah dia, kalau korang COD barang yang di jual tu,,,,korang edit ja dan ubah jumlah baki stok yang ada.

7. VARIATIONS 
Variations ni pula tentang saiz, warna, dan lain-lain yang kita sendiri inginkan. Maksud dia kita edit sendiri.

Yang ni COLOR & SIZE tidak di tick, so...kita tidak boleh ke 
Next : Set Stock and Price”
Tick setiap setiap COLOR & SIZE untuk ke “Next : Set Stock and Price”

Klik “Edit”
untuk delete dan tukar Saiz atau Color.

8. WHOLSALE
Kalau barang kita jual tu boleh beli borong, kita isi di sini. Kalau tidak jual borong, tak perlu isi.

9. SHIPPING FEE



Kalau korang kurang faham, boleh tengok video di sini.


Bahagian Packging Size tu kita isi jika kita pos barang tu guna kotak, jadi isi kan la tinggi, lebar dan panjang kotak tu.
Tidak perlu isi jika tidak guna kotak.

10. CONDITION
Barang korang jual tu barang baru atau telah di gunakan, update di bahagian ni. Terpakai tu maksud dia secondhand la kan. Atau lebih dikenali dengan bundle.

11. PRE-ORDER
Barang kita tu berapa hari tempoh kita nak pegi pos bila Costumer sudah beli?? Nyatakan berapa hari kita pos barang setelah Costumer beli untuk elakkan Costumer tertunggu-tunggu kita hantar.

12. Ok bila sudah siap isi maklumat barang semua, kita juga boleh terus kongsi dekat Twitter atau FB setelah kita Publish.

13. PUBLISH
Publish jika kita sudah Confirm barang nak di jual atau maklumat sudah lengkap semua.

14. SAVE 
Save jika kita tak pasti atau ada maklumat kita isi tak lengkap. Kalau kita belum ready untuk jual dan sekadar simpan ja dulu kita klik Save saja. Nanti maklumat barang di jual dah lengkap semua baru kita klik publish.

Ok !! Dah selesai...barang korang dah ada dalam sistem Shopee....nak orang beli untuk permulaan ni korang promote kat lama social ya. 

Jumpa di perkongsian yang lain,bye !!^_^


4 comments:

  1. kalau yang first time nak jual mcm mana sis? sebab tkde pon tunjuk jnt dengan poslaju kat shipping fee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ..maksud Sis, tak ada tunjuk macam kat video cara menjual kat atas tu ke?

      Delete
  2. Kalau ada orang beli, macam mana kita nak print awb?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ariey... ^_^ maaf ya lambat reply.
      Dah ok ke persoalan awal ni, dapat Print tak ?

      Kalau belum, cuba cara di sini ya.

      https://floruse.blogspot.com/2019/05/cara-print-waybill-atau-alamat-costumer.html?m=1

      Awak guna printer apa tu?

      Delete