[Personal Review] ♥ ♥ ♥ Antara Yang Korang Wajib ada Dalam Garnier Light Complete Skincare... LovE Juga!! - Yana SSurianah Blog

Latest

Wednesday 24 February 2021

[Personal Review] ♥ ♥ ♥ Antara Yang Korang Wajib ada Dalam Garnier Light Complete Skincare... LovE Juga!!

Assalammualaikum ...Hollaa..😃

Wow tajuk hari ni, macam minta kena kecam ja.!! Macam tak bagi recommend satu set pula. Bukan tak syorkan 1 set lah, sangat syorkan guys!! Lagi bagus guna 1 set, sebab hasil dia lebih baik. Ok baca penjelasan ada kat bawah ^_^

Tak da la, Kadang kita dah beli skincare semua dalam satu set..tapi ada masa tertentu kita terskip guna yang lain. Betul tak? Jangan tipu-tipu ..^_^...kadang ada masa-masa tertentu kita sibuk atau nak cepat buat sesuatu kerja, sampai tak sempat nak apply semua skincare tu.

Macam aku sendiri, aku pengguna garnier Light Complete, tak ada sesiapa yang syorkan. Aku sendiri yang research dan pilih skincare ni. Kita ada satu set semua..tapi kan ada ja masa-masa tertentu kita tidak sempat guna semua setiap hari. Mana yang perlu masa tu ja aku guna bila sibuk atau mau cepat.

Ni Yang aku beli di Shopee, macam ni la bungkusan dia di dalam kotak, burble wrap yang safety, ni kali ke-3 aku beli di Shopee dan di kedai yang sama iaitu Garnier Malaysia yang tag Shopee Mall.

Sampai dalam keadaan baik. tiada pecah atau rosak. Terima kasih Pos Malaysia.

3 skincare ni dah ada ,dah cukup baik...iaitu pembersih muka foam, scrub dan Whitening Serum scream. Kadang hari dah berpeluh muka, memang rasa tak senang kalau tak bersihkan muka sebelum tidur atau semasa bersihkan diri petang. Rasa panas dan melekit kulit muka ...jadi rasa tak segar juga. Kalau darurat pembersih muka teritnggal ke atau dah habis sebab lupa beli, sabun mandi juga sebagai penganti sementara, sementara ar (jangan tiru cara ni jika kamu berkulit sensitif^_^)

Yang ni whitening Serum Cream, guna setiap hari dan sapu pada muka. 


Eh!! Bagaimana pula dengan scrub? scrub ni bukan guna setiap hari tau. Guna 3 atau 4 kali seminggu saja, kalau hari-hari guna risau pula kulit korang bukan makin nak sihat dan cantik, tapi seperti nya kulit mudah mengelupas bila kering. sebab scrub ni mengandungi 1,000 Micro-beads dan ekstrak sari lemon asli. Micro-beads tu lebih kurang macam pasir bila sapu pada kulit, tapi dicampurkan dengan cream skincare yang di khaskan supaya senang kita nak apply kat muka. Fungsi scrub ni pula adalah buang sel kulit mati pada kulit kita, Kita tak nampak sel kulit mati tu, tapi jika dibiarkan lama-kelamaan boleh jadi jeragat atau kulit mengelupas walaupun tak menyakitkan.  Kadang kulit nampak kusam dan nampak warna kulit pun tak sekata.


Ok jap !! Kita cerita pasal jeragat dulu ya. Ada orang jeragat susah sangat nak di hilangkan, kalau korang ada ambil produk yang jenis telan atau dengan cara di makan, tapi jeragat tak juga hilang. Apa kata korang cuba guna scrub sebagai cara luaran untuk hilangkan jeragat tu.


Pilih ja apa-apa scrub korang nak, tapi Kalau aku syorkan pula scrub Garnier Light Complete, sebab aku guna scrub ni. Scrub ni, micro-beads dia tak kasar sangat, bila korang rajin apply dan konsisten....pasti akan berhasil untuk kurangkan masalah jeragat tu. Scrub antara Scrub tak sama tau, aku pernah try 3 Scrub berlainan jenama. Ada yang kasar, ada yang halus dan ada yang pada tahap sederhana. InsyaAllah, semua Scrub juga bagus, cuma kamu pilih la yang terbaik untuk kulit korang tuuuuuu...^_^... tidak merosakkan kulit tapi beri kebaikan terbaik. 


Ok ! Aku sangat syorkan pada korang guna satu set ni untuk korang yang ada masalah kulit ada jeragat, bintik hitam, kulit kusam yang nampak tak segar dan lain-lain masalah kulit yang berkenaan. Kalau kulit korang tak banyak masalah pun boleh ja guna set ni. Macam aku ambil satu set sebab sebagai skincare harian untuk kurangkan masalah jeragat berterusan, rasa seronok & semangat pula guna 1 set semua kan. Aku guna Garnier Light Complete ni sebab kurangkan masalah bintik hitam dan kulit kusam. Tapi, tu la bila kita sibuk dan nak cepat pembersih muka dan scrub memang wajib ada.


Cara guna pembersih muka tu adalah urut perlahan-lahan pada muka yang basah,buihkan dan bilas dengan air. Kemudian, scrub tu pula lepas dah guna pembersih muka....sapu pula scrub. Jangan sapu kuat..sapu secara perlahan dan berulang-ulang dua ke tiga kali macam tu, lepas tu bilas dengan air ja macam biasa. Jangan lupa  ok , gunakan 3 atau 4 kali dalam seminggu.

No comments:

Post a Comment