Mendaki Bukit Sosodikon Bersama Keluarga (Sosodikon Hill, Kundasang).

Assalammualaikum...Hollaaa...

Percutian kecil kami masa ni adalah di Kundasang, Sabah. Semesti nya hampir semua orang tau tentang tarikan bukit Sosodikon di Kundasang ni. Bukit ni tidak tinggi sangat, kanak-kanak pun boleh mendaki, anak lelaki saya berusia 6 Tahun. Jika macam kita ni rasanya tidak pernah mendaki bukit setinggi ini, tentunya terasa terlalu tinggi untuk di daki.^_^


Anak sulung saya sangat bertenaga dan yang pertama sampai ke puncak bukit di antara kami sekeluarga. Kami datang ke sini selepas kami pergi ke DESA Dairy Farm. Simpang masuk ke Desa dengan Bukit ni bersebelah saja, alang-alang sudah lalu kami terus saja singgah sini. Kalau kamu mau datang ke sini, boleh search di google map.



Jangan risau, ada toilet juga di sediakan kalau sudah berada di puncak.



Bila sampai di puncak bukit ni seronok pula, sebab kita boleh tengok pemandangan yang cantik. Memang betul-betul tiada view ni di kampung saya, ^_^.......tu la kan, alam ni memang buat kita rasa tenang.


View semasa turun bukit. Harapnya di masa akan datang boleh datang sini lagi, tapi tidak datang pada masa yang sama. Mungkin datang ketika matahari terbit. Tentunya view cantik dan berbeza.


Tanam Pokok Tomato Ceri.

Assalamualaikum...Hollaa...
 
Kali ni aku tanam pokok Tomato Cherry pula, biji benih aku perolehi daripada tomato Cherry yang di beli di pasar. Jadi, biji benih tomato tu memang cukup segar dan cepat pula tumbuh.

Semakin hari semakin membesar dengan daun yang semakin bertambah dan melebar. Tapi, saya tidak pasti pula usia pokok ni berapa hari. Saya lupa letak tarikh Pokok ni di tanam, yang pasti belum berusia sebulan. 

Hari ni aku mau pindahkan pokok-pokok tomato ni ke pasu yang lebih besar. 

11.11.2022 (Jumaat)

Pindah pasu.

 Tadi, sempat la kejap pindahkan anak pokok tomato Cherry ni ke pasu ni. Pasu dari botol mineral, daripada botol-botol tu terbuang atau terbiar begitu saja bagus di gunakan untuk pasu kitar semula.

Tidak kesemua pokok di pindahkan ke pasu botol mineral ni, mana yang sempat saja di pindahkan.

DIY : Kain Batik di Jadikan Pelbagai Barangan Harian.

 Assalammualaikum buat semua...

Hari tu saya ada join projek menjahit Batik Bersama Brother Malaysia. Maka, saya join dan sempat siapkan 4 Projek sahaja.

Kain Batik tu kita jadikan sesuatu atau apa saja DIY mengikut kreativiti kita. Jadi, saya hasilkan 4 barangan ni dengan gabungan kain batik. Kalau kawan-kawan rasa batik ni sesuai di jadikan barangan harian kita yang lain. Bantu saya vote dengan cara klik button like ya. Button Like tu ada di bahagian bawah setiap gambar. Tapi, tak ada  paksaan ya untuk vote ^_^. Segan pula kita ..

Sebenarnya saya ada sertakan gambar sebelum dan selepas, kemudian video saya hasilkan projek batik ni semua dari mula projek sehingga lah siap. Saya tidak upload sini sebab MB dia besar pula. Kawan-kawan boleh tengok gambar di bawah. ^_^

4 BARANGAN PROJEK YANG SAYA HASILKAN

1) Jasmine Pouch Bag

Like sini : https://bit.ly/3AAtI6c (Gambar & Video )


2) Olive Pot (Serbaguna)

Like sini > https://bit.ly/3CIwadh (Gambar & Video)


3) Peony Drawstring Bag

Like sini > https://bit.ly/3Q6yU7w (Video )

Like sini > https://bit.ly/3RsybhM (Gambar)



4) Daisy Brooch

Like sini > https://bit.ly/3RrbMSg (Gambar & Video )

CARA VOTE ATAU LIKE

Klik link setiap Projek, kemudian klik button like seperti gambar yang saya tunjukkan di bawah.

Saya ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat kawan-kawan semua yang telah like, samaada yang saya kenal atau tidak kenal. Saya hargai semuanya.

Ok!! setakat ini saja dari saya. Byeee.. ^_^


Ke Taman Rekreasi "Taman Ujana Rimba Tropika", Kota Kinabalu.

Assalammualaikum...Hollaaa...

Banyak tempat Taman Rekreasi di Kota Kinabalu ni, antara Taman Rekreasi yang menjadi pilihan kami beriadah adalah Taman Ujana Rimba Tropika. Taman ni terletak di Jalan Tasik, Kota Kinabalu berhadapan dengan Arkib Sabah. Dan jika kita hendak ke Balai Seni Lukis Negeri Sabah pun akan kita akan melalui Taman ni juga. Taman ni luas dan kita boleh tengok dari jalan raya utama, senang untuk kita jumpa. Paling senang cari guna saja google map Search "Taman Ujana Rimba Tropika”.

Masuk sini pula adalah percuma, dan tempat ni bagi aku cantik, bersih dan terjaga. Jadi kita sebagai pengunjung yang masuk ke Taman ni kenalah bekerjsama menjaga kebersihan dan kemudahan yang di sediakan di sini.

Minggu lalu kita berada di sana, sebab bawa anak bermain di playground. Sambil tu kita ambil beberapa gambar sekitar Taman Ujana.



Cuaca yang sangat baik masa ni, matahari petang.

Tapak parking pun di sediakan.


Nooooo.Smoking. 

Dalam Taman ni banyak pokok yang tinggi-tinggi, jadi tidak la kita terasa sangat panas matahari tu. 


Playground untuk anak-anak.





Bersih saja kawasan dia kan.

Playground kawasan ni sesuai untuk anak-anak kecil. Sebab gelongsor dia tidak tinggi.

Ada batu-batu di tanam, boleh la kita jalan-jalan sambil urut-urut tapak kaki.

Mini sunflower

Jogging waktu pagi atau petang pun boleh. Ramai saja yang datang sini, suma aku tidak ambil gambar di tempat yang ramai orang. Privacy ^_^

Ada arca di situ, 

Arca yang di keliling oleh air, dalam tu ada ikan. Jernih juga air dia.

Jogging sambil hirup udara segar.

Kalau penat, duduk kejap di tempat duduk yang tersedia, banyak tempat duduk yang tersedia di sini.




Sambil jalan-jalan di taman ni boleh tahan juga penat kaki, Rehat duduk kejap.

View dari tempat kita duduk berehat.

Cantik pokok ni, bukan pokok ru....tapi macam pokok ru. Halus-halus daun dia.

Mini flower dekat tangga playground.

Ada ada beberapa orang tengah berzumba di situ, bukan setakat zumba. Yoga pun boleh.


Dedaun Kering serikan lantai taman.


Cuaca masih cerah lagi, tapi kami kena balik sebab kejap lagi waktu berbuka puasa. Lain hari boleh datang sini lagi.

ok !! Byeee..^_^