Ke Taman Rekreasi "Taman Ujana Rimba Tropika", Kota Kinabalu. - Yana SSurianah Blog

Latest

Monday 18 April 2022

Ke Taman Rekreasi "Taman Ujana Rimba Tropika", Kota Kinabalu.

Assalammualaikum...Hollaaa...

Banyak tempat Taman Rekreasi di Kota Kinabalu ni, antara Taman Rekreasi yang menjadi pilihan kami beriadah adalah Taman Ujana Rimba Tropika. Taman ni terletak di Jalan Tasik, Kota Kinabalu berhadapan dengan Arkib Sabah. Dan jika kita hendak ke Balai Seni Lukis Negeri Sabah pun akan kita akan melalui Taman ni juga. Taman ni luas dan kita boleh tengok dari jalan raya utama, senang untuk kita jumpa. Paling senang cari guna saja google map Search "Taman Ujana Rimba Tropika”.

Masuk sini pula adalah percuma, dan tempat ni bagi aku cantik, bersih dan terjaga. Jadi kita sebagai pengunjung yang masuk ke Taman ni kenalah bekerjsama menjaga kebersihan dan kemudahan yang di sediakan di sini.

Minggu lalu kita berada di sana, sebab bawa anak bermain di playground. Sambil tu kita ambil beberapa gambar sekitar Taman Ujana.



Cuaca yang sangat baik masa ni, matahari petang.

Tapak parking pun di sediakan.


Nooooo.Smoking. 

Dalam Taman ni banyak pokok yang tinggi-tinggi, jadi tidak la kita terasa sangat panas matahari tu. 


Playground untuk anak-anak.





Bersih saja kawasan dia kan.

Playground kawasan ni sesuai untuk anak-anak kecil. Sebab gelongsor dia tidak tinggi.

Ada batu-batu di tanam, boleh la kita jalan-jalan sambil urut-urut tapak kaki.

Mini sunflower

Jogging waktu pagi atau petang pun boleh. Ramai saja yang datang sini, suma aku tidak ambil gambar di tempat yang ramai orang. Privacy ^_^

Ada arca di situ, 

Arca yang di keliling oleh air, dalam tu ada ikan. Jernih juga air dia.

Jogging sambil hirup udara segar.

Kalau penat, duduk kejap di tempat duduk yang tersedia, banyak tempat duduk yang tersedia di sini.




Sambil jalan-jalan di taman ni boleh tahan juga penat kaki, Rehat duduk kejap.

View dari tempat kita duduk berehat.

Cantik pokok ni, bukan pokok ru....tapi macam pokok ru. Halus-halus daun dia.

Mini flower dekat tangga playground.

Ada ada beberapa orang tengah berzumba di situ, bukan setakat zumba. Yoga pun boleh.


Dedaun Kering serikan lantai taman.


Cuaca masih cerah lagi, tapi kami kena balik sebab kejap lagi waktu berbuka puasa. Lain hari boleh datang sini lagi.

ok !! Byeee..^_^

No comments:

Post a Comment