Mendaki Bukit Sosodikon Bersama Keluarga (Sosodikon Hill, Kundasang). - Yana SSurianah Blog

Latest

Sunday 13 November 2022

Mendaki Bukit Sosodikon Bersama Keluarga (Sosodikon Hill, Kundasang).

Assalammualaikum...Hollaaa...

Percutian kecil kami masa ni adalah di Kundasang, Sabah. Semesti nya hampir semua orang tau tentang tarikan bukit Sosodikon di Kundasang ni. Bukit ni tidak tinggi sangat, kanak-kanak pun boleh mendaki, anak lelaki saya berusia 6 Tahun. Jika macam kita ni rasanya tidak pernah mendaki bukit setinggi ini, tentunya terasa terlalu tinggi untuk di daki.^_^


Anak sulung saya sangat bertenaga dan yang pertama sampai ke puncak bukit di antara kami sekeluarga. Kami datang ke sini selepas kami pergi ke DESA Dairy Farm. Simpang masuk ke Desa dengan Bukit ni bersebelah saja, alang-alang sudah lalu kami terus saja singgah sini. Kalau kamu mau datang ke sini, boleh search di google map.



Jangan risau, ada toilet juga di sediakan kalau sudah berada di puncak.



Bila sampai di puncak bukit ni seronok pula, sebab kita boleh tengok pemandangan yang cantik. Memang betul-betul tiada view ni di kampung saya, ^_^.......tu la kan, alam ni memang buat kita rasa tenang.


View semasa turun bukit. Harapnya di masa akan datang boleh datang sini lagi, tapi tidak datang pada masa yang sama. Mungkin datang ketika matahari terbit. Tentunya view cantik dan berbeza.


No comments:

Post a Comment