#2 Peat Moss dan Kegunaan Dalam Berkebun. - Yana SSurianah Blog

Latest

Wednesday 16 March 2022

#2 Peat Moss dan Kegunaan Dalam Berkebun.

Assalammualaikum...Hollaaa.

Ni Peat Moss pertama aku, beli di Ninso, laju sangat habis barangan berkebun di Ninso tu, terutama sekali tanah Organik, minggu ni bertimbun..beberapa hari ja boleh lesap. Ni nama nya kalau stok di Ninso tu baru sampai, kena borong banyak sikit. 


Apa tu Peatmoss?
-Peatmoss digunakan sebagai medium awal untuk percambahan biji benih.
-Terhasil daripada bahan penguraian organik terutamanya lumut yang telah mati.
- Peatmoss boleh menyerap air melebihi beratnya sendiri.
- Kelembapan peatmoss dapat memastikan perkembangan akar yang baik kerana mendapat bekalan air    yang secukupnya.
-Dengan menggunakan peatmoss, peratusan percambahan benih adalah tinggi.



Cara-cara penggunaan:
- Isikan peatmoss ke dalam bekas semaian.
- Peatmoss hendaklah ditekan dengan jari pada kadar sederhana.
- Jangan isi terlalu padat kerana ianya akan melambatkan percambahan biji benih dan menyukarkan         akar pokok bergerak.
- Seterusnya, letakkan biji benih ke dalam setiap lubang semaian yang mengandungi peatmoss.
- Biji benih akan tumbuh dalam masa beberapa hari bergantung kepada jenis benih yang di semai.
- Siram air jika peatmoss kering.
-Anak benih yang tumbuh boleh dipindah setelah membesar sehingga tumbuh 10 helai daun.

No comments:

Post a Comment