#5 Tanam Bunga dan Sayur Dari Biji Benih [ Part 1 ] - Yana SSurianah Blog

Latest

Monday 28 March 2022

#5 Tanam Bunga dan Sayur Dari Biji Benih [ Part 1 ]

 Assalammualaikum..Hollaaa...

Yaaa..... Part 1, walaupun sudah tanam beberapa bunga dan sayur sebelum ni. Cuma yang sebelum ni kita tidak banyak tulis cerita dalam blog ni, jadi proses dari mula tanam tu sudah berlalu. Kalau tokok tambah cerita tidak best pula kan, tidak original kisah dia.

Ok !! kita start cerita, ^_^

Ni ada beberapa biji benih sayur dan bunga. Kesemuanya aku beli secara online di Shopee. Harga pun bermula dari RM1.19 hingga RM3.80. Harga tu mengikut jumla biji benih yang kita beli. Jom!!.. kita berkenalan dengan kesemua biji benih ni.

Ni adalah biji-biji benih bunga, iaitu :
1) Bunga Matahari.
2) Bunga Petunia.
3) Bunga Rose Moss
4) Bunga Blue Flax
5) Bunga Aster Purple
6) Bunga Aster

Biji benih paling kecil sangat, gengam dalam tangan pun tidak rasa ada bijil benih. 

Ni ni pula biji-biji benih sayur, iaitu :
1) Daun Bawang
2) Bayam
3) Sawi Putih
4) Daun Sup
5) Kubis
6) Daun Salad Milky

27.03.2022 (Hari tanam biji benih)

Mulanya aku masukkan tanah dalam bekas benih di atas isi guna sudu satu persatu, konon-konon supaya tanah nampak lebih kemas dan bekas tu tidak kotor. Tapi, tak boleh sabar juga, seperti lambat pula kerja, kerja dengan tanah ni mau tak mau kena juga redha bekas tak akan bersih sepenuhnya daripada tanah ^_^. Kalau mau bekas tu bersih, kerja kena slow sikit.

Alang-alang mau cepat kerja, kita guna saja pasu kecil ni kaut tanah dan tuang saja dalam bekas benih tu, sekali tuang beberapa bekas sudah penuh. Lepas tu kemas dan rata kan saja tanah .

Taraaa...!!! sudah siap isi tanah, gambar atas ni belum isi biji benih lagi. Masa ni kita isi tanah pada sebalah pagi, tu yang ada cahaya matahari tu. Sehingga tengahari cahaya matahri masih kena di tempat ni, bila petang depan rumah pula yang kena cahaya. Di sini akan jadi mendung. 


Sebelah petang baru aku sempat masukkan biji benih di setiap bahagian tanah, kayu chopstick tu ada kita tulis nama biji benih yang di tanam di setiap bahagian. Harap sangat biji-biji benih akan tumbuh dengan sihat. Tak apa kalau tidak tumbuh kesemuanya, tumbuh beberapa benih pun sudah bersyukur. 

31.03.2022 (Hari ke-5)
Hari ni merupakan hari ke-5 setelah biji benih di tanam, happy sangat sebab ada beberapa bunga dan sayur sudah menampakkan pucuk atau mula bercambah. Aku fikir aku gagal lagi untuk tanam biji benih, sebab sebelum ni ada 8 jenis biji benih yang aku tanam gagal untuk bercambah. Biji benih tu semua aku beli di pasaraya. Tidak tau la di mana silap dia, lebih kurang juga cara aku tanam dengan biji benih yang lain. Malas juga mau fikir sangat, anggapnya tiada rezeki tanam semua tu. ^_^ be patient. 

04/04/2022 (Hari ke-9)

Masuk hari ke-9 hari ni, syukur....ada lagi sayur dan bunga mula tumbuh. Sayur-sayur yang dulu nya gagal mengeluarkan pucuk, kali ni satu-persatu tanaman kita mula mengeluarkan pucuk. Maka, aku kena ready sejumlah tanah dan pasu yang cukup untuk pemindahan dari tray semaian ke pasu yang lebih besar. Be Patient.

Ni adalah antara bunga & sayur yang sudah mula tumbuh :
2) Bunga Petunia (KLIK SINI)
4) Bunga Blue Flax
6) Bunga Aster
7) Daun Bawang
8) Bayam
9) Sawi Putih
10) Daun Sup
11) Kubis

Nanti kita kongsi gambar tebaru banyak-banyak dan cerita tentang perjalanan dari sayur dan bunga tu baby hingga la matang.

Byeee...!!! ^_^

No comments:

Post a Comment