[SHOPEE] Cara Semak Status dan Tracking Nombor Barang Yang Di Beli di Shopee. - Yana SSurianah Blog

Latest

Saturday 6 February 2021

[SHOPEE] Cara Semak Status dan Tracking Nombor Barang Yang Di Beli di Shopee.

Assalammualaikum...Hollaaa...^_^

Korang jenis pembeli online yang macamana? Yang kejap-kejap nak semak status barang yang Di beli atau semak status juga tapi jarang atau korang beli dan tunggu ja barang sampai?? Yang mana satu cara korang??? 

Kalau aku semua cara di atas tu adalah aku, tapi bermusim. !! Aku akan kerap semak status barang kalau barang tu tak sabar kita nak terima, sebab tak sabar nak guna. Kalau sebab risau barang tak sampai ke tangan kita tu memang tak risau sangat sebab setakat ni tak ada sejarah barang tak sampai. Syukur Alhamdulillah...

Kemudian, semak barang jarang-jarang sebab saja-saja nak semak. Shopee ni bagus ...sebab sedia sistem yang teratur dan up to date bagi aku. Setiap keberadaan barang kita beli tu kita boleh semak ja terus dalam akaun shopee kita. Kalau kita nak semak dalam sistem Pos laju , J&T atau ABX pun boleh juga..kita hanya COPY PASTE tracking nombor di bahagian semakkan curier yang hantar barang kita.

Dan aku tak semak langsung Status barang bila tu yang confirm kita akan dapat sebab dah pernah beli kat kedai tu. Tunggu dan pejabat pos akan whatsapp untuk ambil ja nanti. Best kan !! Aku suka pejabat pos kat daerah aku sebab dorang akan maklumkan untuk ambil barang. Tak pernah tak bagi tau, Syukur juga ..Terima Kasih banyak kepada pejabat pos kat Daerah aku.^_^

Macamana nak Semak Status Barang yang di beli di Shopee??? Tengok gambar dan baca caption^_^...

Pegi “ME” dan Klik “To Receive”, nombor di setiap Status tu bermaksud Jumlah barang yang di setiap Status tu lah^_^...ehh macaman tu?? Macam payah pula nak jelas kan ^_^..

Macam ni maksud dia.

•To Pay : kalau ada nombor kat situ, maksud dia barang tu Kita tak bayar lagi. Kalau aku to pay ni ada nombor bila masa buat bayaran line internet problem pula. Line tak laju.

To Ship : Barang belum pos lagi tapi akan Di pos , kadang kat bahagian ni barang belum pos , tapi tracking nombor dah ada. Tu sebab bila korang semak status not Found, tunggu ja lagi ok. Kita sebagai pembeli kena semak juga bila barang akan di pos. kadang ada kedai dah tetapkan Tarikh atau masa mereka akan pos. 

Contoh : pos Barang setiap hari, tapi pembayaran atau Order kena lah sebelum jam 12 tengahari macamtu. Tapi korang beli jam 2 petang macam tu memang tak kan pos pada hari yang sama korang beli. Kadang pembeli kena rajin baca caption barang kat shopee tu, supaya Kita sebagai buyer jadi pembeli yang berhemah!! (Ehh Ngam ke ejaan)^_^

Lepas tu kalau nak kuatkan lagi kepercayaan pada seller atau kedai kat shopee, tengok testimoni dia. Mana nak tengok tu? Scroll kat bawah barang korang nak beli dan tengok review, kat situ ada pembeli yang akan bagitau bagaimana perkhidmatan Yang seller tu berikan kepada setiap pembeli.

To Receive : kalau kat bahagian ni pula, makna nya barang dah gerak, kat sini korang dah boleh tengok atau semak kat mana barang korang berada. Bila korang dah terima barang cepat-cepat la klik ORDER RECEIVED, sebab nanti kamu akan dapat Coin percuma. 

To Rate : Di bahagian ni pula barang korang maksud dah sampai kat tangan korang. Kalau korang Bagi Rate atau review yang berwawasan, korang akan dapat coin lagi ^_^...kumpul-kumpul jadi la banyak. Bila dah banyak boleh la guna untuk save budget!! Macam menabung..tinggal kita rajin ja kumpul.


Tengok tulisan hijau yang aku tanda merah tu, klik situ ja kalau nak semak kerberadaan barang. Walaupun barang korang tersesat negeri tapi masih gerak dari satu tempat ke satu tempat, jangan risau ...pejabat pos tetap hantar dengan kita juga (dari pengalaman sendiri juga ni).

Senang ja nak semak kan, semoga barang yang korang shopping tu sampai dengan selamat dan tidak rosak^_^..

Ok !! Jumpa lagi di lain cerita ^_^

Bye!!

No comments:

Post a Comment