Cara Menjual Barang di Shopee. - Yana SSurianah Blog

Latest

Sunday 5 July 2020

Cara Menjual Barang di Shopee.

Assalammualaikum..Hollaa..


Gambar hiasan (photo by pinterest)

Hari ni aku mau kongsikan pula cara menjual di shopee. Maksudnya macamana kita masukkan barang kita jual tu ke dalam kedai shopee kita. Cara nya sangat mudah, jom kita tengok step by step.


Sebagai contoh  saya jual tudung bawal plain ni, sebagai contoh saja tau. Tapi kalau kamu berminat nak tudung ni betul-betul, boleh dapatkan di kedai Wardah di Shopee. Ni kedai dia https://bit.ly/31R3H2z, klik saja link ni kalau nak beli. Aku hanya jadikan jual tudung sebagai contoh ja. ^_^

Ok !! jom tengok step by step. Tengok nombor dan gambar tau.


Gambar 1

1. PERTAMA (Gambar 1)
Buka akaun shopee kamu yang aktif. Kemudian, klik ME dan MY SHOP.

Gambar 2

2. KEDUA (Gambar 2)
Klik Add New Product - ambil gambar barang yang kamu jual. 

Gambar 3
3. KETIGA (Gambar 3)
Letak gambar barang yang kamu jual, sebaik nya letak gambar yang menarik dengan pencahayaan yang menarik dan gambar yang jelas. Kalau kamu mau letak video pun boleh, sebagai contoh aku jual tudung. Aku akan letak video tutorial pakai tudung.


4. KEEMPAT (Gambar 4)
Ok !! sekarang kita isi kan pula maklumat atau detail barang yang kita jual.

(a) Product Name
Apa nama barang yang kamu jual tu?  aku pula akan letak nama “Tudung bawal Plain - Bidang 45".

(b) Product Description 
Letak la ciri-ciri atau maklumat berkenaan dengan barang yang di jual.Boleh juga letak nombor telefon kalau nak costumer whatsapp kita jika ada sebarang pertanyaan.

Contoh : 
•Bidang 45
•Terdapat 20 warna pilihan
•Senang di iron
•Boleh di cuci guna mesin basuh

Atau kalau kamu mau letak info tambahan di sini pun boleh.

Contoh :
•whatsapp 0123456789 untuk pertanyaan 
•Pos setiap hari, jika pembelian sebelum jam 12.

Lepas tu, kita juga boleh letak hastag juga. 

Contoh:
#tudungbawal
#bidang45                    
   
(c)Category
Barang kamu di kategori mana? Samada home decor, Health& beuty, Automotive atau lain kategori lagi sila lah pilih di sini. 

Pilih la kategori yang betul supaya nanti costumer boleh jumpa barangan kita. Kalau kita jual baju, tapi kita letak kategori home decor, susah la costumer mau jumpa barang kita kalau macam tu.

Contoh : 
Tudung aku kategori Muslim Fashion > Hijab > Bawal

Brand tu pula...
Barang kamu jual jenama apa? Contoh saya jual tudung, contoh jenama tudung Fareeda, Benang Hijau, Tudung Kekaboo atau lain-lain jenama lagi.

Kalau kita tak letak jenama pun boleh, klik saja No Brand.

(d)Price
Berapa harga barang kamu jual?
Taip harga barang kita di sini, letak harga untuk satu barang saja tau. Kalau kamu jual barang boleh di beli borong tengok pula cara (i) di bawah.

Contoh : tudung bawal saya berharga RM15 sehelai.

(e) Stock
Berapa banyak stok barang yang kamu jual?
Letak jumlah stock yang kita ada, nanti jumlah stock ni automatik berkurang bila costumer dah beli. Tapi kita boleh juga edit semula jumlah kalau kita nak tambah stock atau nak kurangkan stock disebabkan ada costumer yang beli secara offline.

Contoh aku :
Baki stock ada 20 tudung bawal Plain.


(f)Variations
Apa warna dan saiz barang yang kamu jual?
Variations ni pula kalau barang yang kita jual tu pelbagai saiz dan warna.

Contoh : 


•Color
Tudung aku ada warna hot pink, pink pastel, orang pastel, green pastel dan grey. Klik Add untuk tambah warna tudung yang lain. Klik Edit untuk delete.


•Add Image 
Gambar ni kena la gambr yang sama dengan nama tudung yang kita tetap kan. Nanti masa costumer pilih warna, automatik warna tudung yang dia pilih tu akan keluar. Tapi, sekiranya tak nak letak gambar pun boleh...hanya klik button sebelah Kanan tu saja untuk off.


•Size
Di sebabkan tudung aku jual hanya 1 saiz, iaitu bidang 45’ maka tak perlu isi ni. Klik edit sebelah kanan dan delete semua size S,M, & L ...lepas tu klik done.

Tapi, kalau tudung tu ada bidang 50 & 55, klik “Add” dan taip “Bidang 50” & “Bidang 55” . Saiz ni tak boleh di gabungkan dengan saiz lain, mesti asingkan.


Letak harga dan stock setiap warna tudung. Setelah selesai klik save.
Jika kamu merancang menjual barang yang boleh di beli borong, tengok cara yang seterusnya pula.

Lepas tu kalau sudah selesai klik Next: set Stock and Price.

(g)Weight
Berapa berat barang yang kamu jual?
Lebih tepat timbang berat barang guna penimbang lebih kurang dengan pejabat pos, yang ala-ala atau lebih kurang penimbang tu pun ada juga. Dalam harga belasan ringgit saja.

Kalau aku masa timbang tu, aku timbang sekali dengan bungkusan barang sekali, kalau ada buble wrap , timbang la sekali semua, sebab pejabat pos terus timbang semua kan. Tak ada nya timbang hanya barang saja.^_^

(h)Condition
Barang kamu jual tu masih baru tak pernah di gunakan atau pernah digunakan. New or Used.

(i) Wholesale
Kamu ada jual barang borong ke?
Jika barang yang kamu jual tu di jual dengan jumlah yang banyak atau di jual borong, sila isi di bahagian Wholesale ni.

Min Order kena bermula dengan “2”. Kalau sudah selesai isi semua tekan Save lepas tu. Gambar atas tu contoh sahaja.


(j) Packaging Size
Kalau barang kamu bungkus guna Kotak, sila Ukur dan letak saiz pada ruangan ni. Supaya nanti kos pos shopee akan tetap kan siap-siap bila costumer beli barang.

Kalau bahagian ni tak d isi, berkemungkinan kos pos akan di potong dari harga barang yang kamu jual. Arrr... kan dan rugi. Sebab pernah terjadi pada aku, aku pos barang tak isi bahagian ni. Bila barang sudah sampai dengan costumer, tengok hasil jualan dah berkurang. 

Semak punya semak, sedikit hasil jualan dah di potong untuk bayar kos penghantaran. 


(k) Shipping Fee
Kos penghantaran.
Kos penghantaran guna pos laju tu dah memang sedia ada. Jika kamu pos barang guna courier J&T Express. Cara untuk aktifkan adalah :

1. klik set shipping fee.

2. Klik button, sebagai tanda Kita ON.

3. Harga barang akan autokira di situ mengikut berat barang yang kita sudah set.

4. Jangan lupa Save.

Sebelum Switch On Pre-Order

Selepas Switch On Pre-Order

(l)Pre-Order
Berapa hari barang akan di pos?
Kalau barang tu memang ready stock, sebaiknya tak perlu Switch ON Pre-Order, supaya kita boleh Pos barang dengan lebih cepat dan costumer pun suka barang lebih cepat sampai. Pastikan pos barang dalam masa 2 hari bekerja.

Tapi, jika kita memang dah rancang pos barang 3 atau ke 6 hari macam tu, atau barang tu bukan ready stock,....switch On ja Pre-Order, kalau barang tu pre-order costumer pun tau yang barang tu mungkin akan sampai lambat sebab akan di pos lambat. Jadi, costumer nanti akan faham.

Ok kalau semua maklumat barang sudah di isi lengkap, klik Save sebelah kanan bahagian atas. Arrr... macam tu saja, senang kan. Kejap saja dah selesai.

Listed succesfully, berjaya submit barang yang kita mau jual.

Tengok tu, maklumat barang ada nampak situ. Jadi letak la maklumat barang tu dengan betul dan lengkap.


Sekali lagi saya nak bagitau yang tudung tu saya tak jual, kalau nak beli dapat kan di sini >> https://bit.ly/31R3H2z, sekadar contoh saja tu.

Kalau ada apa-apa kurang faham, sila la tinggalkan komen pada ruangan comment di bawah. InsyaAllah , Mana yang saya boleh jawab akan saya jawab. ^_^

bye!!



3 comments:

  1. Hai nak tanya mcmne cara nak dapatkan free shipping voucher tu ye? Pihak shopee select atau kite boleh apply? Boleh bgthu cara x cmne.. Sb beli brg over rm15 dh dpt free shipping kn..

    ReplyDelete
  2. Macam mana nk set shipping fees tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai...boleh tengok Tutorial 2021 sini 😃
      Saya ada serta video cara set Shipping Fee .

      https://floruse.blogspot.com/2021/02/shopee-tutorial-cara-menjual-di-shopee.html?m=1

      Delete