Pengalaman Shopping di Shopee (Garnier Malaysia) - Yana SSurianah Blog

Latest

Tuesday 10 December 2019

Pengalaman Shopping di Shopee (Garnier Malaysia)


Assalammualaikum...hollaaa!

Beberapa minggu lalu aku tercari-cari serum yang berkualiti tapi murah, nak dapat serum budget dan terbaik la kata kan ^_^.  Aku tak beli walk in shop kat kedai dan semestinya beli online ja. Semestinya nya juga beli di Shopee...pee...pee

Sebab di Shopee ni promosi selalu, dan lebih mudah memilih. Tak perlu pusing-pusing kedai, hanya duduk-duduk dah membeli. Apa lagi yang tak mudah di hari ni. Macam-macam yang mudah...beli pasir pun boleh dapat di Shopee ^_^

Cari punya cari nampak pula iklan Garnier Malaysia ada promosi, tengok-tengok serum Garnier Sakura White dia hampir separuh harga. Dari RM41.50 kepada RM27.00... wah ! Jimat RM14.50 . Aku tengok kat Watson Malaysia tak ada promosi dan masih harga sama.
Gambar B
Tapi, tak ada razeki pula pagi tu sebab Serum tu dah out of stock. Dan lain pula yang kita terbeli, tengok gambar B di atas. Gambar B tu aku beli bersama kakak di office. Kos semua tu RM100.85 dan kos pos RM11.93, lepas tu dapat pula promo diskaun RM20.17. Jadi, kita bayar hanya RM92.61 termasuk pos. Kita tak dapat free shipping dari shopee, mungkin sebab barang dalam promosi. 

Aku tak ambil pusing sangat dengan free shipping sebab, jumlah yang kami bayar dalam promosi pun sudah cukup jimat. Gambar B tu kalau tanpa diskaun kami bayar RM169.45, kalau campur dengan kos pos RM173.45.......ni la namanya membeli online pun lebih jimat bah!

Gambar C
Petang tu aku tengok lagi kedai Shopee Garnier Malaysia, saja-saja tengok sebab nak tengok apa lagi yang ada dalam set sakura white. Firtstime try brand Garnier ni !!...tu yang excited sikit. Tengok-tengok punya tengok, Serum Sakura White in stock pula.

Maka aku grab saja la terus, sebelum habis lagi..lagi pun harga masih dalam harga promosi (RM27.00). Aku beli sekali Garnier Light (Toner) sebab Sakura White tu tak ada toner...keee tak perlu guna toner ?? ^_^

Gambar C, Cream Sakura white tu pula Garnier Malaysia bagi aku percuma!! maksud nya dapat hadiah!!!...TARIMA KASIH GARNIER MALAYSIA !!..hadiah tu di sertakan dalam box serum, maksudnya pembelian kedua.

Aku tengok review costumer yang lain pun ramai juga yang dapat hadiah dari Garnier ni, siok la kan !!... Rezeki
Gambar D
 Aku cuma beli yang ada dalam gambar D ni saja, yang lain-lain pada gmbar B tu kakak-kakak di office yang punyaaaaa...

Gambar E
Bungkusan yang selamat, semua barang dalam keadaan okey ja.. tak ada rosak apa pun...


Kalau kamu mau beli, sila la search akaun Shopee Garnier Malaysia (garniermy)...yang ada logo Shopee Mall di profile Pic dia . Kejap ja sampai ni, sebab dorang pos guna pos laju.

Ni la salah satu teknik nak jimat dan cara nak buat perbandingan harga, beli secara online dan beli semasa promosi. Barang tetap Original dan harga lebih murah.

Okey !! ini saja perkongsian untuk hari ni !..

Bye !

SHARING IS CARING

No comments:

Post a Comment