[Review] ORYN Skincare Bantu Atasi Masalah Jerawat Dan Kulit Kering.


Assalamualaikum....Hollaaa..

Korang tengah hadapi masalah kulit kering atau berjerawat ke tu?..

kadang lepas kita bersihkan muka, kulit Kita jadi rasa kering tegang ja. Bila tak guna apa-apa moisturizer pun rasa kering ja muka. Mesti ramai yang hadapi situasi ni kan. Ni nak bagitau yang ORYN Skincare ada moisturizer yang akan pastikan kulit kita ni kekal lembap, yang bestnya lagi ORYN HydraBright Moisturizer ni bukan saja lembapkan kulit, tapi juga bantu cerahkan, mengurangkan tanda penuaan (anti-aging)....so, kulit kita tentu nya jadi segar dan beseri-seri.

Jangan risau ye, ORYN HydraBright Moisturizer ni cepat absorb atau menyerap pada kulit...jadi bila kita pakai tak da rasa melekit atau berminyak yang kadang memang buat kita rasa tak selesa.

Eh!!..sebelum kita nak cerita panjang aku nak cerita sikit pasal ORYN Skincare ni. ORYN skincare ni adalah produk penjagaan kulit yang berasaskan Vitamin C. Dan pengasas dia adalah Cik Sharifah Sarah, 

OK !! Nak tau lebih lanjut CEO Story, boleh tengok sini ye ^_^

ORYN HYDRABRIGHT MOISTURIZER 


Yang ni la tu ORYN Moisturizer ni 5 dalam 1 tau, nak tau tak apa maksud 5 dalam satu?

•Pelembap - Penghidratan 

•Serum - Mencerahkan 

•Primer - Pangkalan Halus Anti 

•Kedutan - Mengencangkan 

•Krim Malam - Menyuburkan

Semua nya memang menjadi keperluan kulit kita, tentu nya juga memudahkan korang sebab tak perlu apply banyak skincare dalam satu masa, sapu moisturizer ORYN Skincare ni ja kulit kita tidak kering dan sentiasa lembap.


Cara nak guna pun senang ja, guna selepas kita bersihkan muka dengan ORYN HydraBright Cleanser. Korang sapu pada seluruh muka dengan sekata dan jumlah yang sesuai. Kalau aku sapu kat leher sekali, memang kulit jadi rasa fresh dan segar ja.
 
ORYN HYDRABRIGHT GENTLE CLEANSER


Yang ni pula ORYN HydraBright Gentle Clenaser,diformulasikan untuk membantu membersihkan, menghidrat, dan mencerahkan kulit korang. Korang pernah tak lepas bersihkan muka, kulit korang jadi rasa kering?.. Salah satu bahan yang terdapat dalam cleanser ni ada Sodium Hyaluronate + Panthenol, yang membantu melembapkan dan mengelakkan kulit kita jadi kering selepas di bersihkan. Aku dah try guna tau, rasa kulit kering tegang tu memang sangat kurang. 

So, korang kena guna ORYN HydraBright Gentle Clenaser, insyaALLAH kulit korang lebih lembap dan tidak kering berbanding sebelum.

Cara guna pula senang ja, basahkan kulit kita dengan air, then sapukan 1 atau 2 pam ORYN HydraBright Cleanser pada kulit, kemudian..urut perlahan ke kulit dengan gerakan bulat dan bilas dengan air suam.

ORYN CLEAR GEL (For Acne)


ORYN Clear Gel ni pula adalah dalam bentuk cecair Gel yang jernih dan ringan, bantu mengekalkan tahap pH yang mesra kulit yang akan membantu mengurangkan jerawat. 

Jerawat dan kulit memang tak dapat nak di pisahkan jauh-jauh, apatah lagi parut  jerawat. Jika di biarkan, akan menyebabkan kesan bintik-bintik gelap pula pada wajah kita. Jadi, korang mesti nak hilangkan kesan-kesan jerawat tu. Korang kena try guna ORYN Clear Gel ni, sebab :

•Membantu melawan jerawat

•Meringankan tanda jerawat

 •Meringankan bintik-bintik gelap

 •Membantu mencegah noda Membantu

 •mengurangkan breakout

Korang kena percaya tau, yang bekas parut jerawat tu kita boleh di hilangkan. Aku pun pernah berada dalam situasi berjerawat dan parut jerawat yang susah sangat dan pergi. Korang kena rajin dan konsisten je, dan boleh cuba ORYN Skincare ni.

Cara nak guna ORYN Clear Gel ni korang kena guna selepas dah bersih kan kulit muka tu dengan cleanser, then keringkan dengan tuala atau tisu muka. Titikkan pada hujung jari dan sapu pada kawasan jerawat atau bintik gelap.  Sapukan sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari atau seperti yang diarahkan oleh doktor.

Arr.. macam tu ja nak guna ORYN Skincare ni, sangat senang dan ringkas ja. InsyaALLAH akan berikan kesan yang terbaik pada kulit kita. 

OK ! nak tau lanjut pasal ORYN Skincare.? Jom follow

Post a Comment

0 Comments