[Shopee Tutorial] Cara Buat Diskaun Promosi Barang Yang Di Jual. - Yana SSurianah Blog

Latest

Tuesday 30 March 2021

[Shopee Tutorial] Cara Buat Diskaun Promosi Barang Yang Di Jual.



Assalammualaikum...Hollaaa...

Tengah tercari-cari cara nak buat Peratus Diskaun untuk barang yang di jual ke tu?? Senang saja caranya, promosi diskaun ni kita sendiri yang tetapkan berapa lama tempoh promosi berlangsung. Lagi pun kita boleh buat dengan menggunakan handphone saja. Kalau nak buat melalui komputer pun boleh juga, masuk ja Shopee seller centre.

Sebelum tu untuk pengetahuan korang (seller) bila kita buat diskaun ni pasti nya costumer terarik dengan promosi tersebut. Sebab costumer boleh Membeli dengan harga rendah dan mereka boleh jimat wang.

Barang yang ada label diskaun ni akan keluar di dalam senarai Produk terkini yang sedang dalam promosi. Jadi, sudah tentunya costumer juga memilih barang yang dalam promosi, dan peluang barang kita di beli juga adalah tinggi.

Ok !! Jom kita buat Peratus Diskaun. Buat mengikut gambar ya, kalau ada tak faham boleh tinggalkan pertanyaan pada ruangan comment ya.^_^

PERTAMA
Pada halaman Utama, klik “ME


KEDUA
Klik “My Shop

KETIGA
Pilih “Marketing Center”

KEEMPAT
Klik “Discount Promotions

KELIMA
Klik “Create New Discount


KEENAM
Isi kan ke semua maklumat yang di perlukan. Dah selesai isi SAVE ja terus.

KETUJUH
Lepas tu harga selepas kita letak peratus tadi akan automatik ada kat situ, seperti dalam gambar atas.

YANG TERAKHIR
Bila dah confirm, dan masa Promosi diskaun yang korang tetapkan dah tiba, Promosi Diskaun akan berpindah ke status “ongoing” yang bermaksud Promosi sedang berjalan atau berlangsung. 

Kalau status berpindah ke “Expired”, Promosi dah tamat. Kalau kamu mau sambung promosi, renew saja semula masa Promosi tu.


Ok !! Tengok tu, harga kasut adalah harga promosi, dan jumlah peratus yang kita tetapkan juga ada kat situ.

Ok ok ok !! Dah selesai semua, kejap ja sudah siap, kannnn!!
nanti aku kongsi Shopee Tutorial yang lain.

Bye!^_^


No comments:

Post a Comment